Connect with us
Kool FM

Berita

Kena Kompaun Rentas Negeri Guna Pesawat

Fikirlah dahulu sebelum buat…

Published

on

Tiada sekatan lalu lintas di udara bukan bermaksud boleh merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tapi mungkin itu yang difikirkan oleh dua orang juruterbang dan dua penumpang apabila melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Subang, Selangor ke Pulau Tioman. Mereka akhirnya dikompaun setelah mendarat kerana tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri.

Menurut laporan, keempat-empat individu itu termasuk seorang wanita dikenakan kompaun tersebut selepas pesawat ringan dinaiki mereka mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek di Pulau Tioman, Rompin.

Dipercayai pesawat tersebut menggunakan juruterbang persendirian, dan dinaiki oleh pengurus keselamatan dan pengurus pemasaran sebuah perniagaan akitivti menyelam di sebuah resort di Kampung Juara, Pulau Tioman.

Tidak ada surat kebenaran merentas sempadan negeri, maka mereka dikompaun mengikut Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana keluar dari kawasan yang diisytiharkan PKPB tanpa kebenaran.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula mengeluarkan gelang kuarantin semasa mereka berada di sana. Bagaimanapun, mereka dikatakan pulang semula ke Lapangan Terbang Subang hari ini. Jadi, kepada yang berniat untuk menggunakan laluan ‘altenatif’ boleh lupakan niat itu dan patuhi perintah yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Baca juga artikel menarik yang lain:

Saringan COVID-19 Punya Pasal Sampai Bocor Bendalir Otak!

Jangan degil patuhi SOP cegah Covid-19

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement