Connect with us
Kool FM

Berita

“Kedai Saya Dekat Perak, Tapi Rider KL Call Nak Ambil..” Masalah Sistem FoodPanda, Rider Jadi Mangsa

Ikwan Yusup telah berkongsi sebuah cerita di mana berlakunya satu kejadian yang disebabkan oleh sistem FoodPanda telah mengakibatkan kekeliruan antara pemilik kedai dan rider.

Published

on

Sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak kedai sudah mula berdaftar di bawah syarikat FoodPanda untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan makan dihujung jari sahaja. Selain itu, ramai juga masyarakat kita sudah mula terlibat dan bekerja sebagai penghantar makanan untuk syarikat ini untuk tambah duit poket. Di Malaysia kita ada beberapa lagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang sama namun sejak kebelakangan ini, FoodPanda sering menjadi buah mulut warganet.

Ada perkongsian yang telah dilakukan oleh seorang penghantar makanan atau lebih dikenali dengan panggilan rider bernama Ikwan Yusup telah berkongsi sebuah cerita di mana berlakunya satu kejadian yang disebabkan oleh sistem FoodPanda telah mengakibatkan kekeliruan antara pemilik kedai dan rider. Menurut Ikhwan, ia terjadi mungkin disebabkan sistem yang tersalah mengemukan alamat pemiik kedai kepada rider.

Disebabkan sistem buat silap, ramai rider di daerah Kota Kemuning menjadi mangsa. Tambah Ikhwan, apabila pekara sepeti ini berlaku, pendapatan rider boleh terjejas kerana markah kerja mereka akan direkodkan dan jika rider membatalkan sesuatu pesanan, markah kerja akan ditolak. Oleh itu, jika tinggi markah kerja mereka, lebih tinggilah pendapatan yang mereka terima. Berikut adalah gambar tangkap layar perbualan antara pemilik kedai makan dan rider tersebut.

May be an image of text that says "10:27 AM Mekwa typing. Ta YESTERDAY Foodpanda 9:51 am Kedai cik ade dekat mane? 9:51 am Kerabu mekwa 9:51 am Kedai kat mane.. 10:32 am Susah betul nk carik kedai.. 10:32 am �� Bile pegi alamat kedai..tp kedai xder.. 10:32 am Col xdapat..n ni la cik,kalau rasa xboleh bukak kedai tu,xde komitmen..xpayah la guna foodpanda cik..di sebabkan vendor cik,sy punya AR(point markah kerja) jatuh mcm tu jer..sejam masa carik kedai cik tp xjumpa.. betul,tp keda xder..masak sy 10:37 am Type a message"

May be an image of ‎text that says "‎10:27 AM اللء Mekwa typing... paиmp xder..ma YESTERDAY 10:37 am TODAY masyaallah... sy baru baca msg. Cik.. sy mohon maaf.. food panda sy problem. banyak order masuk tapi runner X datang collect. kedai sy Kat Kamunting perak. tp runner KL yg call nak ambik Nasi. sy pun pening 10:25 am blh Tau cik dari Mana? 10:25 am Aik..kenapa mcm tu alamat kenapa alamat kl 10:25 am sy x Tau.. sistem problem. HQ call n reset balik 10:26 am Ok..dulu penah niaga kt kl ke tak? 10:26 am Type a message‎"‎

May be an image of ‎text that says "‎10:27 AM اللء 79 Mekwa typing. tak? 10:26 am maaf ye cik. sy Rasa kesilapan teknikal. 10:26 am You Ok..dulu penah niaga kt kl ke tak? x pernah... 10:26 am mcm tu sy pun mintak maaf la salah sangka.. 10:27 am sy baru start guna apps tu 3 minggu. baru start niaga Kat perak. 2 minggu pertama ok. kelmarin cust sy call cakap kedai X Ada dlm sistem. 10:27 am tiba2 runner kL Cari sy 10:27 am Tp mcm mane boleh jd mcm ni ..naya rider kalau dapat mcm ni.. 10:27 am Type a message‎"‎

Pada mulanya, rider FoodPanda ini tidak dapat menjejaki Kedai Kerabu Mekwa. Apabila sampai di alamat yang diberikan, kedai tersebut tiada. Menerusi perbualan antara abang rider dan pemilik kedai makan itu, sistem FoodPanda pemilik kedai Kerabu Mekwa yang mempunyai masalah. Menurut pemiliknya, mereka telah menerima banyak tempahan namun tidak rider yang datang ambil untuk buat penghantaran. Malah ada juga rider dari Kuala Lumpur telefon mereka untuk datang ambil tempahan tersebut.

Menurut pemilik kedai itu juga, dia baru sahaja menggunakan aplikasi FoodPanda tiga minggu yang lepas. Dua minggu pertama semuanya okay dan tiada apa-apa masalah. Namun kini ada pelanggan menghubunginya dan memberitahu kedai tidak ada dalam sistem.

Meninjau ke ruangan komen, ada beberapa rider turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah dialami sebelum ini lebih kurang sama seperti situasi yang dikongsikan. Malah ada juga yang memberi komen mengatakan FoodPanda kini banyak masalah. Walaubagaimanpun, kami mengharapkan agar sistem FoodPanda ini ditambah baik semula. Apabila masalah sebegini rupa sering terjadi, pelanggan atau pun orang ramai akan hilang kepercayaan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Taktik Baru! Ah Long ‘Hantar’ FoodPanda Sebagai Peringatan Kepada Peminjam

Abang FoodPanda Terima RM1000, Pelanggan Minta Doakan Dirinya Dapat Zuriat

 

Sumber: Ikwan Yusup

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement