Connect with us
Kool FM

Berita

Kantoi! Peniaga Bakso Jadikan Spender Sebagai ‘Pelaris’ Dalam Kuah Bakso

Takut nak makan bakso lepas ni..

Published

on

Makanan adalah salah satu kunci untuk dekatkan lagi hubungan sesama masyarakat. Tidak kira bangsa atau agama, di Malaysia kita semua satu hati dan suka makan bersama. Pagi makan roti canai, tengah hari makan nasi lauk campur dan malam pula makan sup! Tambahan lagi, kita boleh dapat pelbagai jenis makanan dari negara lain di Malaysia seperti makanan Jepun, makanan Korea begitu juga makanan dari negara seberang, Indonesia.

Baru-baru ini viral di media sosial sebuah klip video dari seorang YouTuber Paranormal Indonesia bernama Roy Kiyoshi. Dalam perkongsian videonya itu, Roy telah menemui seluar dalam wanita atau lebih mesra digelar spender berwarna merah jambu di dalam periuk sup kuah bakso.

Berdasarkan video tersebut, Roy telah meminta pengusaha warung berkenaan yang dikenali sebagai Siti untuk membuka penutup periuk bakso kerana Roy curiga dengan isi kandungannya. Sangkaannya itu ternyata benar apabila dibuka, terdapat sehelai spender di dalamnya.

Pada mulanya Siti tidak mahu membuka periuk tersebut namun selepas disoal beberapa oleh Roy, Siti mengalah. Apabila Siti membuka periuk itu, Roy terkejut dan tergamam. Seterusnya, Siti mengaku yang dia telah mengamalkan amalan keji tersebut bagi tujuan melariskan perniagaan baksonya sejak 10 tahun lalu.

Difahamkan, Roy datang ke warung bakso itu setelah dijemput dari pemilik warung itu sendiri yang mengeluh beberapa ahli keluarganya meninggal dunia dengan tragis setiap 12 hari bulan. Selain itu, wanita berkenaan juga meminta Roy untuk membantu perniagaannya menjadi lebih laris.

Apapun, kita sebagai pelanggan haruslah pasti akan kebersihan kedai yang kita kunjungi. Janganlah kerana ia viral kita terus serbu ya.. Silap nanti kita termakan sup spender juga! Opps!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perniagaan Kurang Laris? Cuba Amalkan Surah Ini

Syaitan pelaris dijamu sisa makanan

 

 

Sumber: YouTube Roy Kiyoshi, Tommi Channel

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement