Semasa
Kahwin Cerai Sudah 10 Kali, Wanita Ini Ingin Cari Mr. Right
Dia tidak peduli berapa kali perkahwinannya akan gagal
Seorang usahawan wanita dari Amerika Syarikat tidak serik untuk berkahwin sehingga bertemu ‘Mr Right’ selepas 10 kali sudah berkahwin.
Wanita tersebut lebih mesra dengan panggilan Cassey, kini sedang mempertimbangkan untuk menceraikan suaminya yang terbaru dan terus berkahwin sehingga mendapat lelaki yang sempurna untuk dirinya.
Tomorrow: Cassey says she’s desperate for Dr. Phil’s help because she’s been married 10 times and none of the marriages have worked out. She claims several of her exes have said it wasn’t her fault the marriage failed, it was theirs.
— The Dr. Phil Show (@TheDrPhilShow) October 20, 2020
Full story: https://t.co/dZMoPciTyW pic.twitter.com/NnqAj4TeUs
Portal OddityCentral melaporkan, Cassey mendapatkan nasihat doktor mengenai hubungan kerana berpendapat sehingga kini masih belum menemui pasangan hidup yang tepat.
Menurutnya, dia tidak peduli berapa kali perkahwinannya akan gagal dan tidak akan berhenti untuk mencari suami yang dapat mencintainya selama-lamanya.
“Selalunya bila tak dapat nak teruskan dalam hubungan perkahwinan saya akan cakap, cukup setakat ini, kita bercerai dan saya pergi,” katanya.
Bagaimanapun, perkahwinan pertamanya adalah hubungan yang paling lama bertahan iaitu selama lapan tahun.
Diikuti dengan perkahwinan keduanya tujuh tahun, tetapi dengan pertunangan dua setengah tahun.
Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, tetapi hubungan itu mula putus ketika suaminya berhenti memberitahu bahawa dia mencintainya.
Semoga Cassey dapat apa yang diidamkan sesungguhnya sebuah pekahwinan ada pasang surutnya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Sumber: harianmetro