Connect with us
Kool FM

Berita

Jemaah Menteri Setuju Beri Vaksin COVID-19 Secara Percuma Kepada Bukan Warganegara

Mungkin ada diantara kita ada yang tidak bersetuju tapi, Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan mengapa keputusan ini diambil.

Published

on

Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia akan dibuka tidak lama lagi dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengulas mengenai Pelan Imunisasi Kebangsaan dijangka bermula seawal Februari ini.

Pelan ini melibatkan suntikan satu juta dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech kepada rakyat Malaysia. Selari dengan keputusan ini, sebanyak 6.2 juta vaksin akan diberikan kepada 80% rakyat Malaysia secara berfasa.

Image result for vaksin

Dalam pada masa yang sama, awal tengah hari tadi Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan sesuatu menerusi ciapan twitter dengan mengatakan ahli jemaah menteri sebulat suara bersetuju untuk berikan suntikan vaksin secara percuma kepada bukan warganegara.

Berikut adalah laporan kenyataan media yang dimuat naik.

ImageImage

Mungkin ada di antara kita ada yang tidak bersetuju tapi, Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan mengapa keputusan ini diambil.

Menerusi ciapan twitter miliknya, keputusan ini kerana selari dengan prinsip Islam dan Maqasid Syarif dalam tadbir urus negara terhadap semua rakyat yang mendiami sesebuah negara.

No photo description available.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba menjelaskan bahawa keutamaan adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu secara percuma.

Harap tindakan ini memberi kesan positif bagi mengekang penularan wabak berbahaya ini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Belum Reda Dengan COVID-19, WHO Ramal Virus Nipah Bakal Jadi Pendemik Seterusnya?

“Kurangkan Jurang Darjat,” – Doktor Ini Hantar ‘Surat Layang’ Pada Menteri Kesihatan

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement