Connect with us
Kool FM

Berita

“Ingatkan bahu berat sebab galas duit, rupanya..” Suami Terkejut Tengok Barang Dalam Beg Tangan Isteri

Isteri siapa suka simpan ‘sampah’ dalam bag?

Published

on

Selain aksesori lain, beg tangan juga merupakan salah satu perhiasan wajib bagi setiap wanita kerana tanpanya tidak lengkaplah gaya seseorang itu ketika berada di luar.

Bahkan beg tangan bukanlah sekadar satu keperluan, tetapi ianya akan menyerlahkan kecantikan dan keanggunan wanita tersebut. Sebab itu, wanita dengan beg tangan tidak dapat dipisahkan.

@melroses_Igtkan bahu berat sebab galas duit, rupanya ……..♬ original sound – bb.liyaa

Tapi lain pula dengan kakak kita ini apabila baru-baru ini tular di media sosial iaitu video reaksi suaminya yang ingin melihat isi dalam beg tangannya itu

Dia yang memuat naik video tersebut di aplikasi TikToknya tergamam setelah melihat isi barang yang terdapat di dalam begnya itu selepas dikeluarkan.

Tambahan pula, selain barangan peribadi, ternyata beg tangan milik wanita ini dipenuhi dengan resit-resit dan juga kertas pembelian yang disimpan olehnya satu persatu. Malah, wanita ini juga turut menyimpan balang makanan chocojar di dalam beg tersebut. Mungkin sebab tak nak kelaparan, itu yang dia letak dalam beg.

Rata-rata ramai warganet yang memberikan reaksi mereka di ruang komen setelah melihat video berkenaan dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka memiliki perangai yang sama seperti wanita terbabit.

Dalam pada masa yang sama, video tersebut meraih jumlah tontonan hampir 300 ribu di aplikasi TikToknya, manakala sebanyak 5,288 yang menekan butang tanda suka di video tersebut.

 

Baca juga:

“Salah ke? Sekadar berhibur..” Anggota Polis Wanita Main TikTok Bakal Dikenakan Tindakan

Budak Campak Kucing Demi TikTok Diburu Persatuan Haiwan Malaysia

 

 

Sumber: TikTok Melroses_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement