Connect with us
Kool FM

Berita

Hilang Sifat Manusia! Anak Ditetak Mati Selamatkan Ibu Yang Dirogol

Bila nafsu menguasai diri…

Published

on

Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan si ibu yang diragut maruahnya kemudian terpaksa menyaksikan si anak kecil yang baru berusia 9 tahun yang cuba menyelamatkannya ditetak tanpa belas kasihan.

Kanak-kanak lelaki tersebut ditetak sehingga mati apabila cuba melawan seorang suspek mahu memperkosa ibunya yang berusia 28 tahun di Birem Bayeun, Aceh Timur di Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Arife S Sukmo, mengesahkan bahawa suspek yang dikenali sebagai Samsul, 36, ditemui bersembunyi dalam kawasan semak berhampiran kediamannya dan ditahan pada pagi Ahad lalu.

Foto: Agensi (Kawasan rumah mangsa)

Bapa keluar mencari ikan

Beliau menjelaskan, pembunuhan berlaku pada Sabtu lalu ketika mangsa, Rangga, dan ibunya sedang tidur di rumah, sementara bapanya pula keluar mencari ikan. Suspek (Samsul) yang datang secara tiba-tiba, memasuki rumah mangsa lalu menutup mulut ibu mangsa sebelum memberitahu hasratnya mahu melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, ibu mangsa melawan dan kekecohan yang berlaku mengejutkan Rangga, yang terus bangun dan cuba menyelamatkan ibunya tetapi ditetak berkali-kali oleh suspek menggunakan sabit sehingga mati.

Ibu yang emosi melihat anaknya dibunuh terus cuba melawan tetapi gagal apabila suspek melibas dan mencederakan lengannya dengan parang. Suspek kemudian menyimpan mayat Rangga dalam guni dan membawanya ke sebuah ladang kelapa sawit bersama ibu mangsa.

Setibanya di lokasi, suspek mengikat dan merogol mangsa berulang kali, sebelum melarikan diri dengan membawa mayat kanak-kanak lelaki itu.

Suspek enggan mendedahkan lokasi mayat mangsa apabila ditahan dan disoal siasat polis. Namun, dua hari kemudian, mayat Rangga ditemui nelayan yang sedang mencari ikan di sebatang sungai, sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Mayat Rangga dibawa ke hospital dan pemeriksaan awal mendapati ada kesan tetakan di bahagian leher, dagu, dan jari kelingking tangan kiri juga tiada, dipercayai dipotong oleh suspek.

Lemah lutut membayangkan apa yang berlaku kerana ianya sungguh kejam!

 

Baca juga:

Nafsu Gila! Seorang Lelaki Rogol Mayat Positif COVID-19

Paksa minum arak sebelum rogol pekerja

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: BHarian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement