Connect with us
Kool FM

Berita

Guru Terpaksa Hentikan PdPR, Pelajar Tunjuk Video Lucah Di Google Meet

Satu tindakan yang berani yang dilakukan oleh pelajar Tingkatan 1 dan ia menunjukkan pelajar tersebut tidak menghormati guru dan rakan-rakannya

Published

on

Sesi persekolahan 2021 dijalankan mulai 20 Jan lalu secara PdPR ekoran pandemik Covid-19 yang belum reda. PdPR ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah, pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kaedah itu boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

Selain itu, untuk membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti sesuai, guru mengambil inisiatif melaksanakan PdP melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh KPM dan guru-guru bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka.

Belajar dari rumah

Tidak dinafikan, PdPR bukan mudah untuk dilakukan baik kepada pelajar, ibu bapa dan juga guru-guru. Ia merupakan satu cabaran untuk mereka yang terlibat untuk sesuaikan diri dengan norma baru ini yang telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka.

Seorang guru telah berkongsi satu kisah yang telah terjadi kepada dirinya ketika PdPR sedang dijalankan bersama pelajar-pelajarnya.  Guru dari salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur ini terpaksa hentikan sesi PdPR kerana perbuatan tidak senonoh seorang pelajarnya tayang sebuah video lucah scara langsung kepada rakan-rakan sekelasnya.

Menurut guru tersebut, pelajarnya yang berusia 13 tahun itu berkongsikan video jijik berkenaan sewaktu sesi PdPR sedang berjalan di dalam Google Meet. Ini adalah satu tindakan yang berani yang dilakukan oleh pelajar Tingkatan 1 dan ia menunjukkan pelajar tersebut tidak menghormati guru dan rakan-rakannya.

Selepas situasi itu, guru tersebut terpaksa hentikan sesi PdPR ketika itu secara serta-merta walaupaun ia mungkin akan mengganggu proses pembelajaran pelajar lain. Difahamkan, guru tersebut telah membuat aduan kepada pihak pentadbir dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pdpr: Cabaran guru, pelajar dan ibu bapa

PdPR: Pusat Internet Komuniti pilihan alternatif

 

 

 

Sumber: Buzzkini

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement