Connect with us
Kool FM

Berita

Gagal Imbas Kod QR MySejahtera, Lelaki Ini Jadi Antara Yang Pertama Dikompaun RM10,000

Jumlah sebenar kompaun dikenakan itu tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan…

Published

on

Selepas setahun kita menjalani kehidupan dalam norma baharu akibat pandemik COVID-19, rasanya semua pun sedia maklum tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Akibat gagal mematuhi SOP pula, denda akan dikenakan kepada kita. Kalau sebelum ni denda maksimum sebanyak RM1,000 boleh dikenakan sekiranya didapati gagal patuh SOP, tetapi kini kerajaan telah menaikkan jumlah maksimum denda kepada RM10,000 bermula 11 Mac. 

Bila jumlah denda dah dinaikkan ni lagilah kita takut untuk langgar semua SOP tu. Yelah mana nak cari duit sebanyak tu semata-mata nak bayar denda. Walaupun dengan jumlah denda yang tinggi, masih ada lagi sebenarnya yang ingkar arahan dan melanggar SOP. Terbaharu, seorang lelaki menjadi antara penerima pertama denda maksimum berjumlah RM10,000 akibat tidak mengimbas barcode MySejahtera. 

Gagal imbas bar code Mysejahtera

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, March 11, 2021

Melalui perkongsian di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis itu, kejadian tersebut berlaku semalam di sebuah restoran di Bukit Jalil, dan akibat tidak mengimbas barcode MySejahtera semasa memasuki premis tersebut, lelaki tersebut dikenakan denda sebanyak itu. Bagaimanapun, melalui tinjauan di ruangan komen, ramai yang bersuara tentang jumlah denda maksimum itu dikenakan bagi kesalahan yang berulang. Tapi tidak dapat dipastikan sama ada ia merupakan kesalahan berulang buat lelaki itu ataupun tidak.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula, jumlah sebenar kompaun dikenakan itu tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan. Jadi ini mungkin menjadi kesalahan dan terakhir buat lelaki tersebut sebab tak sanggup dah nak kena denda sebanyak tu lagi. Kalau ia merupakan kesalahan pertama, jadi bolehlah buat rayuan untuk dikurangkan jumlah dendanya. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Pilih Untuk Teruskan Pembelajaran Anak-Anak Secara Homeschooling, Fazley Akui Mereka Lebih Selesa Di Rumah

“Suami Dalam Penjara” – Sayu Semasa Hulur Bantuan, UEL Tunai Permintaan Azan Dan Iqamah Bayi

 

 

 

 

Sumber berita: Berita Harian

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement