Connect with us
Kool FM

Berita

“Duit Derma Masuk Salah Akaun Ke?” Keadaan Zoo Negara Teruk Seperti Sudah Terabai

Kinz menyatakan haiwan di dalam itu seakan terabai dan ada yang dilihat sangat kurus dan kelihatan sedih.

Published

on

Tahun lalu, pada bulan November 2020, Dr Mat Naim Ramli, Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Zoo Negara hanya boleh ‘hidup’ lagi 4 bulan sahaja. Sekarang tempoh masa yang diberikan itu sudah tamat, adakah ia benar berlaku?

Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan bukan sahaja individu, peniaga kecil dan syarikat kecil sahaja yang terjejas, malah ada banyak lagi institusi terjejas teruk dan salah satu yang terkesan dengan wabak tersebut adalah Zoo Negara kita sendiri. Pelbagai inisiatif dilakukan oleh kerjaaan untuk membantu aset negara terus bertapak dan tidak gulung tikar.

Namun, selepas Zoo Negara dibuka semula baru-baru ini, seorang warganet telah membuat satu perkongsian luahan rasa kesalnya terhadap keadaan Zoo Negara. Perkongsian yang dilakukan oleh Kinz Lai telah meraih perhatian warganet sehinggakan ia lebih dua ribu komen diterima melalui perkongsian tersebut. Rata-ratanya luahkan perkara yang sama iaitu perasaan sedih melihat keadaan haiwan yang terpaksa duduk di dalam kawasan yang sangat kotor dan penuh dengan semak serta rumput yang tinggi.

我想说这是我们的”国家动物园”吗 ??
政府那么多钱买青蛙,那可以关心下国家动物园吗??
非政府组织,那你们捐款也好,tonglong lah bossku
好失望这里的环境…

Posted by Kinz Lai on Wednesday, 31 March 2021

 

Pelbagai tempat tinggal haiwan yang berada di dalam zoo itu dilihat kotor dan sangat tidak seusai untuk dihuni oleh haiwan-haiwan. Kinz menyatakan haiwan di dalam itu seakan terabai dan ada yang dilihat sangat kurus dan kelihatan sedih. Tambah Kinz, selain dari kawasan parkir dan gerai makanan, tidak ada satu pun pekerja yang dapat dilihat di dalam zoo tersebut untuk membersihkan kawasan ataupun menjaga SOP yang telah ditetapkan.

Lebih menyedihkan apabila zoo itu dipenuhi dengan orang terutamanya kanak-kanak namun banyak haiwan tidak ada dan jika ada sekali pun tidak dapat dilihat dengan jelas kerana keadaan sangkar penuh dengan semak samun. Sementara itu tambah Kinz, aircond rosak dan keadaan bau busuk yang terlalu kuat membuatkan dirinya tertanya-tanya adakah tidak ada penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak zoo? Zoo negara adalah satu tempat yang harus dijaga dan diberikan keutamaan kerana ia salah satu pusat kunjungan bukan sahaja rakyat Malaysia malah rakyat asing yang melancong ke negara ini.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pelajar Gagal Dapat Perhatian Guna Saluran Rasmi, Akhirnya Menteri Pengajian Tinggi Beri Respon Di Twitter

“Pakai Wireless Kot Tangkap Ikannya..” Cara Redza Rosli Pegang Joran Bikin Warganet ‘Sakit Mata’

Sumber: Kinz Lai

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement