Connect with us
Kool FM

Berita

Digelar ‘Pembunuh Twitter’ Jepun, Takahiro Shiraishi Dijatuhkan Hukuman Mati

Jahatnya ambil kesempatan atas kelemahan mangsa…

Published

on

Mungkin tak ramai yang kenal dengan pembunuh bersiri di Jepun ini yang bernama Takahiro Shiraishi, atau lebih terkenal dengan gelaran ‘pembunuh twitter’. Kenapa dia ni dikaitkan dengan Twitter dan apa kisah sebenar dia ni?

Takahiro Shiraishi adalah pembunuh bersiri di Jepun yang telah membunuh sembilan orang. Modus operandinya adalah dengan mensasarkan mana-mana gadis di media sosial dan mengajak mereka ke rumahnya melalui laman Twitter. Apabila mangsa setuju untuk datang ke rumahnya, dia akan memberikan dadah kepada mangsa, kemudian merompak, merogol dan akhir sekali membunuh mereka.

Sasarkan Mangsa Yang Ingin Bunuh Diri Di Twitter

Menurut laporan, pihak berkuasa di Jepun yang menyiasat kes ini menyatakan Takahiro hanya mensasarkan dan mengumpan mereka yang menunjukkan keinginan untuk bunuh diri di alam maya. Bila mangsanya sudah ditemui, dia akan memberitahu mereka yang dia boleh membantu menamatkan nyawa mereka, serta sanggup mati bersama mereka.

Image via:

Takahiro turut memaparkan dirinya sebagai seseorang yang mempunyai suicidal thought dalam laman sosial untuk membuatkan dirinya nampak senasib dengan mangsa. Dalam siasatan lanjut, pihak berkuasa turut menjumpai sejarah carian internet oleh Takahiro tentang cara mencerai-ceraikan badan manusia. Dia juga kemudian dikatakan pergi membeli gergaji dan pisau pemotong daging.

Tambahan lagi, penemuan zip tie di kediamannya menunjukkan bahawa dia mungkin menyimpan beberapa mangsa yang masih hidup sebelum membunuh mereka. Kesemua mangsanya termasuk seorang lelaki dan lapan wanita berusia antara 15 dan 26 tahun.

Simpan 240 Tulang Manusia Dalam Peti Ais

Pihak polis melaporkan menemui sembilan kepala manusia dan 240 tulang disimpan di peti ais di apartmen Takahiro yang hanya berukuran 13.5 meter persegi pada sambutan Halloween pada 2017. Pembunuhan kejam itu dianggarkan berlaku selama tiga bulan dari Ogos hingga Oktober 2017. 

Dalam perkembangan terbaharu, Mahkamah Daerah Tokyo telah menjatuhkan hukuman mati terhadap pembunuh bersiri ini. Ketua Hakim Naokuni Yano mengambarkan pembunuhan yang dilakukan Takahiro sebagai sangat kejam dalam sejarah jenayah. Tano memutuskan bahawa kesemua mangsanya tidak rela diperlakukan sebegitu walaupun secara sukarela datang ke rumahnya. Takahiro juga dikatakan waras semasa melakukan pembunuhan itu dan layak dipertanggungjawabkan atas pembunuhan tersebut.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ketagih Curi Pakaian Dalam Wanita, Akhirnya Lelaki Ini Ditangkap

5 Amalan Biasa Diamalkan Dahulu Yang Kini Ditelan Zaman

 

 

 

 

Sumber daripada: The Sun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement