Connect with us
Kool FM

Berita

“Dialah Tempat Bergantung Rezeki..” – Ibu Syed Izzat Sedih Anak Maut Dihempap Pokok Tumbang

Sejak ayahnya menjalani pembedahan pada 2 bulan yang lepas dan tidak boleh bekerja, Syed mengambil alih tempat ayahnya dan gigih  mencari rezeki buat keluarga. Ibunya, Inang Suhana Abu Bakar yang berusia 42 tahun mengaku bahawa dia masih tidak menyangka dan tidak dapat menerima bahawa anaknya pergi dalam keadaan yang begitu.

Published

on

Baru sahaja semalam kita digemparkan dengan berita menyayat hati di mana seorang penghantar makanan  yang bernama Syed Izzat Izzudin, maut akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat dan ribut. Kejadian tersebut berlaku berhampiran Stesen Petronas Alam Damai, Taman Len Sen, Cheras dalam kira-kira jam 4 petang. Mangsa yang berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Baca juga: Trending Di Twitter Ramadan Pertama Tanpa Abah

Ibu kepada Syed Izzat menyifatkan anaknya sebagai seorang anak yang rajin membantu keluarga. Dia merupakan tiang yang memberi sokongan buat keluarga. Pemergiannya begitu dirasai oleh seluruh keluarga lebih-lebih lagi mangsa maut serta-merta di tempat kejadian. Memang satu pemergiaan yang tidak disangka.

Sejak ayahnya menjalani pembedahan pada 2 bulan yang lepas dan tidak boleh bekerja, Syed mengambil alih tempat ayahnya dan gigih  mencari rezeki buat keluarga. Ibunya, Inang Suhana Abu Bakar yang berusia 42 tahun mengaku bahawa dia masih tidak menyangka dan tidak dapat menerima bahawa anaknya pergi dalam keadaan yang begitu.

Katanya, sebelum ini dia hanya melihat kejadian-kejadian seperti ini di dalam televisyen dan media sosial namun siapa sangka akan terjadi pada anaknya sendiri. Inang luah bahawa dia sangat sedih dengan pemergian dan kehilangan ini.

Hari ini proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia akan selesai dan jenazah Syed Izzat dijangka akan  dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai.

Kita doakan segalanya berjalan dengan lancar dan semoga keluarga Syed Izzat tabah menghadapi dugaan ini.

Baca juga: Selepas ‘Borong’ Juadah Di Bazaar Ramadan, Ebit Lew Bawa Bersama Periuk Jamu Gelandangan Makan Di Chow Kit

Sumber: Bernama

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement