Connect with us
Kool FM

Berita

“Denggi & HIV Bertahun Tak Ada Vaksin Tapi COVID-19 Setahun Dah Dapat,” – Netizen Keliru

“Kena bersyukur jika masih lagi tak dijangkiti COVID-19. Allah lindungi kita lah tu tapi Allah juga kata, kita kena usaha untuk elakkan untuk dijangkiti. Penyakit ini benar wujud, ramai yang dijangkiti itu juga nyata, dan yang mati akibat covid juga benar-benar terjadi. Berhati-hati. Usaha untuk elak dan tawakal,” tulisnya.

Published

on

Kecoh di media sosial berita palsu mengenai suntikan vaksin yang akan dilancarkan pada Mei 2021 telah dimasukkan mikrocip ke dalam badan manusia dan lebih teruk lagi ada yang mempercayai ini adalah konspirasi Yahudi untuk mengawasi pergerakkan seluruh manusia di dunia.

Berikutan itu pula, Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon tampil bersuara dengan menjelas isu ini. Menurutnya, vaksin COVID-19 adalah selamat dan tidak mengandungi mikrocip yang akan mengawal minda manusia.

Malangnya, masih ada lagi yang cuba mempersoalkan jika benar tiada mikrocip mengapa vaksin HIV dan denggi sudah bertahun lamanya tapi masih tidak ada?

Tapi virus COVID-19 tidak sampai setahun sudah dapat vaksin. Malah, dia turut banga dirinya dalam keadaan baik pergi balik kerja berjumpa kawan yang terkena COVID-19.

May be a Twitter screenshot of text that says "<<AnakAbah» @nursyahmi98 Replying to @KhairiAnuar Bukan sedih.. Pelik... denggi tk dpt lagi vaksin. Hiv tkde vaksin tup tup vaksin covid tk sampai 1 tahun dh dpt.. Mufti kata harus je so jngn paksa aku selama ni aku elok pergi kerja ulang alik jumpa kwn yg terkena covid.. Satu je nk ckp penyakit dtg dari allah, mintk dilindungi. Translate Tweet 11:41 AM Feb 17, 2021 Twitter for Android 183 Retweets 986 Quote Tweets 285 Likes"

Ciapan tersebut mendapat perhatian pengasas laman sosial perubatan tempatan, MEDTweetMY, Dr Khairul Hafidz Alkhair dan dia menjelaskan persoalan tersebut dengan terperinci.

Tambahnya lagi, vaksin COVID-19 cepat dihasilkan kerana ramai pelabur memberikan dana dan tidak ketinggalan, teknologi yang digunakan sama seperti teknologi untuk hasilkan vaksin SARS. Jadi mereka dah ada ilmu dan idea bagaimana hasilkan vaksin virus berjangkit ini.

May be an image of 1 person

“Kena bersyukur jika masih lagi tak dijangkiti COVID-19. Allah lindungi kita lah tu tapi Allah juga kata, kita kena usaha untuk elakkan untuk dijangkiti. Penyakit ini benar wujud, ramai yang dijangkiti itu juga nyata, dan yang mati akibat covid juga benar-benar terjadi. Berhati-hati. Usaha untuk elak dan tawakal,” tulisnya.

Kesimpulannya, lebih baik mencegah daripada mengubati. Jangan dah terkena, baru nak menyesal tak ambil suntikan vaksin.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sebelum Terima Vaksin COVID-19 Mei Ini, Ambil Tahu Prosedur

Perdana Menteri Orang Pertama Disuntik Vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bermula 26 Feb Ini

 

 

 

 

Sumber: twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement