Connect with us
Kool FM

Berita

Dapat RM200k Dari TMJ, Ebit Lew Terus Beli 500 Tab Untuk 500 Pelajar Kelas Online

“Doakan yer. Terima kasih TMJ. Saya gunakan untuk beli lagi 500 Tab untuk 500 pelajar untuk kelas online.”

Published

on

Segala bantuan dan jasa dilakukan Ustaz Ebit Lew dikongsi di laman sosialnya sehingga ia menjadi ikutan untuk ramai orang berbuat baik sesama manusia.

Baru-baru ini Ustaz Ebit Lew memberitahu dalam entri dimuat naik menerusi laman Facebooknya bahawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menyumbang sebanyak RM200,000 bagi membantu menjayakan misi kemanusiaan dilakukannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Katanya, Tunku Ismail turut meluahkan hasrat untuk menaja keseluruhan pasukannya menjalankan ibadah umrah.

“Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.

“Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan sahaja. Sedangkan saya cuma orang biasa. Daripada awal lagi masa beri bantuan Tuanku selalu beri semangat pada saya.

“Kami selalu bermesej juga. Kata baginda paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. Raja Johor,” ujarnya.

Terbaru, satu lagi posting dikongsi Ustaz Ebit Lew apabila telah membeli sebanyak 500 tab untuk diberikan kepada 500 pelajar yang memerlukannya ketika sesi pembelajaran secara online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Doakan yer. Terima kasih TMJ. Saya gunakan untuk beli lagi 500 Tab untuk 500 pelajar untuk kelas online. Syukur dah sampai pagi ini. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew”

Baik sungguh hati Ustaz, moga dipermudahkan urusan membantu orang yang memerlukan.

 

 

Baca juga:

Didenda Rm100 Ribu Atau Dipenjara 3 Tahun! Ebit Lew Tidak Dibenarkan Bantu Penduduk Di Pulau Semporna Lagi

Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tab Hadiahkan Pada Pelajar Memerlukan Kelas Online

 

 

 

Sumber: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement