Connect with us
Kool FM

Berita

‘Bunuh’ Kekasih Untuk Demi Jumlah Tontonan Video Live Sehingga Tergamak Merakam Kematiannya

Apa nak jadilah dengan orang yang gila content ni…

Published

on

Kegilaan dunia sekarang mungkin kepada rasa ingin menjadi terkenal di laman media sosial. Apa sahaja akan dilakukan demi meraih pengikut dan penonton yang banyak walaupun perbuatan yang bakal dilakukan itu membahayakan diri. Seorang YouTuber di Rusia nampaknya tergolong dalam kategori itu apabila tergamak melakukan penstriman secara langsung ketika teman wanitanya yang hamil meninggal dunia akibat hipotermia.

Menurut laporan, kejadian yang berlaku di sebuah kampung berhampiran Moscow itu menyaksikan  Stanislav Reeflay (30 tahun) memaksa Valentina Grigoryeva (28 tahun) keluar ke balkoni dalam keadaan cuaca sejuk. Entah lelaki ini sedar ataupun tidak yang perbuatannya itu boleh mengancam nyawa seseorang, namun lelaki itu didakwa melakukannya kerana dibayar oleh penonton. Bagaimanapun, teman wanitanya tetap menuruti permintaan Reeflay dengan hanya memakai pakaian dalam saja. 

Apa Itu Hipotermia?

Bagi anda yang tidak tahu, hipotermia adalah keadaan yang berlaku apabila badan kehilangan haba lebih cepat daripada ia menghasilkan haba. Ini berlaku apabila suhu badan jatuh di bawah 35°C (95 °F). Suhu badan manusia yang normal adalah kira-kira 37 ° C (98.6 ° F). Jika hipotermia dibiarkan tanpa rawatan, keadaan anda boleh membawa kepada kesan yang berbahaya. Hati, sistem saraf dan organ lain akan mula gagal dan mungkin mengancam nyawa.

Jadi dari sini boleh nampak tindakan Reeflay itu adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana dia lakukannya semata-mata untuk jumlah tontonan. Ketika teman wanitanya masuk semula ke dalam rumah dengan keadaan yang lemah dan tidak sedarkan diri, Reeflay bagaimanapun tetap merakam kejadian itu secara langsung. Akibatnya, wanita itu meninggal dunia serta-merta di rumah sewa itu kerana serangan hipotermia.

Sering ‘Mendera’ Teman Wanita Demi Penonton…

Reeflay nampaknya merupakan seorang YouTuber yang sering menggunakan teman wanitanya sebagai ‘bahan’ hiburan untuk para penontonnya. Kebanyakkan video yang disiarkan oleh Reeflay menunjukkan kekerasan serta penganiayaannya terhadap Valentina. Malah rakan-rakan Valentina turut menyatakan perbuatan Reeflay terhadapnya dalam semua video adalah keterlaluan. 

Antara perbuatan paling kejam yang dilakukan Reeflay terhadap teman wanitanya adalah menyemburkan pepper spray ketika Valentina sedang berbaring di atas sofa. Walaupun kemudian Valentina menangis dan meratap kesakitannya, Reeflay dilihat hanya membiarkannya dan terus merakam. Begitulah kejam perbuatannya akibat gilakan jumlah tontonan di YouTube. 

Bagaimanapun, selepas kematian Valentina, pihak berkuasa Rusia melakukan siasatan mengenai video siaran langsung dan kematianya. Selain itu, kematian yang mengejutkan itu telah membuatkan orang ramai mendesak supaya terdapat larangan terhadap sebarang perbuatan yang ganas dimuat naik ke laman sosial. Ia dikhuatiri bakal ditonton oleh kanak-kanak dan menjadi ikutan.

Menurut pihak polis, Reeflay bakal dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun sekiranya didapati bersalah. Tambahan lagi, pihak polis menemui kesan kecederaan serius akibat dipukul terhadap mangsa sebelum kematiannya.

Baca juga artikel menarik lain:

Berjalan 400KM Untuk Tenangkan Diri Selepas Dimarahi Isteri. Elak Buat Perkara² Ini Semasa Bertengkar

‘Tuhan Sangat Baik, Begitu Baik!’ – Pasangan Ini Dikurniakan Cahaya Mata Selepas 21 Tahun Menanti

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro dan The Sun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement