Connect with us
Kool FM

Berita

Budak Perempuan 13 Tahun Dipaksa Jadi Isteri Nombor 5

Dah ada 4 isteri, kenapa nak tambah lagi satu?

Published

on

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia 48 tahun. Perkahwinan mereka telah dilangsungkan di Maguindanao, Filipina pada 22 Oktober lalu dan foto sekitar majlis turut tersebar di sosial media.

Pengantin lelaki bernama Abdukrzak Ampatuan itu sudah mempunyai empat isteri sebelum menikahi remaja perempuan tersebut.

Menurutnya, dia bercadang untuk mendapatkan cahaya mata sejurus remaja tersebut menginjak usia 20 tahun.

“Saya gembira dapat bertemu dengannya dan menghabiskan masa dengannya untuk menjaga anak-anak saya”

Tambahnya, dia tetap akan hantar remaja perempuan tersebut ke sekolah untuk belajar sementara menunggu isterinya itu bersedia untuk mengandung.

Beberapa wilayah di Filipina membenarkan budak bawah umur untuk berkahwin asalkan dia sudah baligh.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Filipina merupakan negara ke-12 tertinggi mencatatkan perkahwinan kanak-kanak dengan 726,000 perkahwinan setakat ini.

Untuk rakyat Malaysia, di bawah Akta164 had umur yang ditetapkan bagi perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak ialah 18 tahun dan mana-mana orang yang berumur di bawah 18 tahun yang hendak berkahwin memerlukan suatu lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri dibawah subseksyen 21(2) Akta164.

Perkahwinan bawah umur bukanlah satu isu yang patut diambil ringan. Ia melibatkan mental dan fizikal seseorang yang masih tercari-cari jalan hidupnya.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gadis Bawah Umur Panjat Papan Iklan Tak Nak Kahwin Paksa

27 remaja, pelajar bawah umur terlibat parti liar

 

 

 

Sumber: Mirror

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement