Connect with us

Berita

Budak 6 Tahun Hanya Makan Nuget Sahaja Sejak Bayi

Sejak bayi makan nuget?

Published

on

Makanan untuk kanak-kanak sepatutnya mengandungi pelbagai khasiat daripada protein, dan pelbagai serat serta vitamin untuk proses pembesaran yang sihat. Namun, jujurnya ia bukan perkara yang mudah. Tidak semua kanak-kanak mahu makan sayur dan buah-buahan dan kebanyakkannya memilih makanan tertentu untuk dimakan.

Akan tetapi, jika hanya makan nuget sahaja sejak dari bayi, ini sudah tentu tidak sihat!

Gangguan pelik dialami seorang kanak-kanak di United Kingdom ini membuatkan dia fobia makanan lain dan hanya boleh menelan nuget ayam. Perangai pelik Jessica Jones, berusia 6 tahun yang ketakutan setiap kali mahu disuap dengan makanan lain itu disedari ibunya, Lesley, 32, sejak anaknya itu masih bayi.

Foto: Hmetro

Ketika itu, ibunya cuba memberikannya makanan pejal kepada Jessica. Akibatnya, Lesley dari St Helens, Merseyside memperuntukkan 40 pound sterling (kira-kira RM217) sebulan membeli nuget ayam, makanan mampu ditelan Jessica.

Gangguan ARFID

Risau dengan keadaan anaknya, Lesley membawa Jessica menemui pakar tingkah laku kognitif, David Kilmurry yang akhirnya mengesahkan kanak-kanak itu mengalami gangguan mengelak pengambilan makanan (ARFID).

Pembantu guru itu berkata, pengalaman buruk sukar mendapatkan nuget ayam ketika bercuti di Turki membuatkan ibu tiga anak itu tekad menemui pakar untuk mengetahui penyakit anaknya.

Katanya, Jessica menjalani dua jam rawatan hipnoterapi dan kini mampu makan makanan seimbang lain.

Ia amat menakjubkan apabila dia kini boleh makan apa saja selepas beberapa tahun hanya makan nuget ayam. Dia juga mula ingin mencuba makan potongan epal kecil dan membawanya sebagai makanan ringan ke sekolah.

“Kami juga memberikannya ganjaran melalui carta pelekat apabila dia makan makanan lain sebagai galakan dan dorongan kepadanya,” katanya.

Baca juga:

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Tertembak Diri Sendiri Semasa Sambutan Hari Jadi

Ibu Ke Kedai, Budak 6 Tahun Seorangan Di Rumah Maut Jatuh Flat

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: HM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement