Connect with us
Kool FM

Berita

Buat ‘Projek’ 8 Kali Sehingga Hamil, Remaja Bawah Umur Mengaku Bersalah

Baru berusia 15 tahun sudah lakukan perkara seperti ini..

Published

on

Zaman teknologi moden, remaja semakin berani dan advance bukan lagi bermain permainan alam maya di rumah sahaja. Baru-baru ini seorang remaja lelaki telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kulim di atas lapan pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur sehingga melahirkan anak pada Julai 2020.

Remaja yang berusia 15 tahun membuat pengakuan tersebut dalam prosiding tertutup dalam kamar Majistret Che Rohana Ismail. Tertuduh didakwa melakukan hubungan intim dengan mangsa yang berusia 14 tahun sebanyak lapan kali sehingga mangsa hamil dan melahirkan bayi lelaki pada 28 Julai 2020.

Perbuatan tersebut telah dilakukan oleh kedua pasangan kekasih itu di sebuah rumah kosong di sebuah taman perumahan dari 12 Oktober 2019 hingga 15 Mac 2020.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Jika kita lihat, kita semakin ramai anak-anak remaja terlibat dengan jenayah seperti ini. Namun, janganlah terus menunding jari mencari salah siapa. Lebih baik kita bersama bantu mereka untuk masa depan yang lebih cerah bersama.

 

Baca juga:

Perogol Paling Kejam Di Korea Selatan Kini Sudah Bebas!

 

 

 

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement