Connect with us
Kool FM

Berita

Belum Reda Dengan COVID-19, WHO Ramal Virus Nipah Bakal Jadi Pendemik Seterusnya?

WHO ramal virus Nipah sebagai ancaman pandemik seterusnya…

Published

on

Boleh jadi kita semua sudah terlalu penat untuk memerangi wabak COVID-19 daripada terus menular. Harapan yang tinggi juga kita letakkan untuk melihat kehidupan kita semua kembali normal seperti dahulu sebelum wabak ini muncul. Namun, belum sempat COVID-19 reda, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah meramalkan bahawa virus Nipah yang bermula di Asia pula bakal menjadi pandemik seterusnya. 

Bersilih ganti pula wabak-wabak penyakit ni datang menyerang kita. Tapi dikatakan juga virus Nipah ini lebih merbahaya kerana ia boleh mengakibatkan sehingga 75 peratus risiko kematian kepada penghidapnya. Jadi memang patut kita berasa risau sekiranya virus Nipah ini secara tiba-tiba merebak.

Nipah Melanda Malaysia 24 Tahun Lalu…

Wabak ini dikatakan mula dikenal pasti di Malaysia pada 1997 apabila ia melanda Kampung Sungai Nipah dan Bukit Pelandok di Negeri Sembilan sehingga meragut 105 nyawa. Dari situlah nama virus ini diambil, iaitu bersempena dengan lokasi ia ditemui. Virus Nipah merupakan virus zoonotik yang boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia dan dikaitkan dengan gangguan pada sistem pernafasan babi, dan adakalanya melibatkan gangguan sistem saraf dan kematian dalam ternakan tersebut.

Menurut Prof Dr Zamberi Sekawi, Pakar Perunding Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), jangkitan ini dikatakan pandemik kerana berpotensi merebak ke seluruh dunia. Kalau ia meletus di Malaysia lagi, memang ada potensi untuk menjadi pandemik. Dengan kadar peratusan kematian yang lebih tinggi berbanding COVID-19, maka ia dilihat sebagai virus yang menggerunkan oleh pakar perubatan.

Berpunca Daripada Kelawar

Jika seseorang telah dijangkiti virus Nipah, ia akan menyebabkan demam, sakit kepala, sesak nafas dan kesan paling teruk ialah keradangan otak yang akhirnya mengakibatkan maut. Menurut Dr Zamberi lagi, virus ini boleh bermutasi menjadikannya lebih mudah menjangkiti manusia antara manusia

Sama juga seperti COVID-19 yang dikatakan berpunca daripada kelawar, virus Nipah ini juga dikatakan berpunca daripada haiwan yang sama. Kelawar sememangnya haiwan yang dikenali banyak membawa virus, dan salah satu virus yang dibawa ke Malaysia satu ketika dahulu adalah virus Nipah.

Dikatakan apabila kelawar ini memakan buah, buah tersebut secara tak langsung telah dicemari dengan virus Nipah. Kemudian buah itu terjatuh ke tanah dan dimakan pula oleh khinzir ternakan ladang di situ yang menyebabkan khinzir jatuh sakit. Kemudian, khinzir mengalami batuk dan bersin lalu menyebarkan virus ini dengan menjangkiti pekerja ladang ternakan haiwan berkenaan. Jangkitan turut dilaporkan dalam kambing, biri-biri, anjing, kucing dan kuda.

Pada waktu itu, pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan drastik membunuh khinzir bagi menghentikan penyebaran virus. Dr Zamberi berkata, pada masa sekarang, penyakit ini dikesan di India dan Bangladesh, tetapi bukan berpunca daripada khinzir.

“Ia disebabkan penduduk minum air nira kelapa dicemari virus Nipah yang diambil daripada pokok kelapa,” katanya.

Data WHO menunjukkan, virus Nipah hanya menjangkiti 600 orang dalam tempoh 17 tahun. Walaupun dalam tempoh yang lama itu jumlah mereka yang dijangkiti tidak ramai, namun pada 2018 WHO melaporkan virus tersebut bakal membawa masalah kesihatan awam yang serius kerana risiko kematiannya adalah sangat tinggi. Sehingga ke hari ini, masih belum ada rawatan serta vaksin yang berkesan untuk merawat penyakit ini.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Nak Bawa Apa Sekiranya Kena Kuarantin Di MAEPS? Ini Antara Persiapanya

Lelaki Dijangkiti COVID-19 Berdepan Risiko Masalah Mati Pucuk? Ini Penjelasan Pakar…

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement