Connect with us

Berita

Bapa Sanggup Duduk Dalam Lubang Kubur Tak Nak Susahkan Anak-Anak

Anak-anak tetap akan jaga pakcik..

Published

on

Jika doktor mengesahkan kita menghidap penyakit kanser, terus terbayang bagaimana nak teruskan hidup dengan dugaan tersebut.  Berita seperti ini bila didengari buat kali pertama mungkin boleh buat seseorang itu hilang arah tuju.

Berita berat seperti ini tidak kira usia tua dan muda. Namun, dugaan ini telah berlaku kepada seorang lelaki warga emas merasakan dirinya hilang harapan selepas disahkan menghidap barah limfoma. Lalu, lelaki yang berasal dai China ini bertindak mengupah beberapa orang pekerja untuk mengali sebuah lubang kubur khusus untuk dirinya.

Dia yang berusia 79 tahun ini sudah lama kesakitan setelah menjalani beberapa kali rawatan tersebut bagi mencegah penyakit barahnya itu. Oleh kerana kesihatannya yang semakin teruk menyebabkan pesakit ini dipercayai cuba menamatkan riwayat hidupnya dari terus menjadi bebanan kepada isterinya dan juga anak-anaknya.

Menurut laporan, warga emas tersebut memanjat ke dalam lubang berkenaan dan menyatakan bahawa dia akan menunggu untuk mati di sana. Namun, tindakannya itu tidak berhasil apabila terdapat penduduk kampung yang cuba menghubungi pihak polis dan ianya berjaya dikeluarkan dari lubang berkenaan.

Anak lelakinya cuba untuk memujuk bapanya untuk pulang ke rumah bersamanya tetapi gagal. Apabila anaknya meninggalkan bapanya untuk membawakan sedikit makanan, bapanya bertindak membunuh diri dengan memotong pergelangan tangannya menggunakan sebilah pisau yang dibawa bersama.

Tindakannya itu disedari oleh penduduk setempat yang turut melaporkan kepada pihak berkuasa. Pada awalnya lelaki terbabit kelihatan seperti cuba menentang tindakan beberapa penyelamat di situ, tetapi akhirnya menyerah dan mengikut kembali ke atas.

Susulan itu, dia yang dikejarkan ke hospital itu berada dalam keadaan stabil dan dibawa pulang ke Beijing bersama anak lelakinya pada hari Ahad yang lepas.

 

Baca juga:

Dulu Penghidap Kanser Germ Cell Tumor’, Kini Adik Ainul Kini Sudah Laju Berjalan

‘Cancer Is Back’ – Syed Saddiq Mohon Doakan Ibunya Kanser Payudara

 

 

Sumber: Daily Mail

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement