Semasa
“Badan Sasa Tapi Menangis,” – Kantoi Tersedu-Sedu Menonton K-Drama
Menarik perhatian lagi apabila, bentuk fizikalnya bertubuh sasa tapi mempunyai hati kecil yang sensitif terhadap jalan cerita berunsurkan cinta.
Hangat isu pelakon Janna Nick digam oleh ramai peminat tegar K-pop disebabkan kononnya Janna mengaitkan nama anggota penyanyi korea terkenal, Blackpink Lisa atau Lalisa Manoban sebagai Blackpig.
Lebih hebat lagi apabila kini di media sosial sedang trending tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty dan akaun Instagram miliknya gagal diakses kerana netizen membuat laporan kepada pemaju paltform tersebut.
Tapi, lain pula yang terjadi seorang lelaki Thailand ditangkap oleh rakan-rakannya ketika menangis teresak-esak kerana menonton drama korea.
Menarik perhatian lagi apabila, bentuk fizikalnya bertubuh sasa tapi mempunyai hati kecil yang sensitif terhadap jalan cerita berunsurkan cinta.
Badan besar pun nangis layan K-Drama 😂😂 jahat betul kawan dia pic.twitter.com/DsTggOTUmV
— Ayid〄 (@ayidmazlan_) February 22, 2021
Menjengah ruangan komen, ada yang memberitahu video yang ditonton bukan dari drama korea tapi jalan cerita dari klip muzik video, Moira Dela Torre – Paubaya.
Comel betullah! Lepas ni, jangan sangkakan seorang lelaki berbadan sasa tidak mempunyai hati yang sensitif, mereka juga ada sisi hati lembut.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Tajuk Dijadikan Gurauan Penonton, Drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ Dedah Sindrom MRKH
Pelakon Drama Goblin, Go Soo Jung Meninggal Dunia
Sumber: twitter