Connect with us
Kool FM

Berita

Akibat Bapa Sering Campur Syabu Dalam Susu Sejak Kecil, Kanak-Kanak Ini Ketagih Mencuri

Bapa yang tidak bertanggungjawab!

Published

on

Derita seorang kanak-kanak di Nunukan, Kalimantan Utara menghidapi masalah mental akibat bapanya sering mencampurkan dadah jenis syabu ke dalam bancuhan susu formula sejak kanak-kanak itu berusia dua bulan. Bapanya dikatakan berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya itu menangis.

Tanpa bapanya sedari, anaknya kini yang sudah berusia lapan tahun sering melakukan perkara yang tidak sepatutnya termasuk mencuri. Masalah mental yang dihidapi kanak-kanak ini dikenali sebagai kleptomania. Ia merupakan sejenis penyakit mental yang menyaksikan penghidapnya suka mencuri biarpun barangan yang dicurinya tidak mempunyai sebarang kepentingan buat si pelaku.

Menurut laporan, kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai B itu sering ditahan polis kerana mencuri dan sehingga kini, dia sudah mencuri sebanyak 23 kali dan setiap kalinya pasti dapat ditahan pihak berkuasa. Bagaimanapun, disebabkan usianya yang masih muda, pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa dan menghantar kanak-kanak lelaki itu ke pusat pemulihan akhlak di Jakarta.

Walaupun kanak-kanak itu diletakkan di pusat pemulihan akhlak, dia dibebaskan selepas hanya enam bulan berada di situ. Bukan kerana kelakuannya bertambah baik, tetapi sebab pihak pentadbiran sudah tidak tahan dengan kenakalannya yang disifatkan luar biasa. Sampai begitu sekali kesan penyakit kleptomania yang dihidapinya.

Berdasarkan data Pekerja Sosial, Ibunya bekerja sebagai buruh mengikat rumpai laut, manakala bapanya masih ditahan di penjara atas kesalahan dadah. Sementara itu, pihak berkuasa memutuskan untuk menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat pemulihan dadah pada awal tahun depan untuk membantunya pulih.

Punca Kleptomania Tidak Semestinya Disebabkan Dadah…

Sebab-sebab berlakunya kleptomania masih tidak diketahui. Sebagaimana penyakit mental yang lain, beberapa teori mengatakan bahawa terdapat perubahan di bahagian otak yang mungkin menyebabkan kleptomania. Kleptomania sering bermula ketika di umur remaja ataupun di peringkat awal dewasa tetapi terdapat kes-kes tertentu yang bermula di umur lewat dewasa. 

Terdapat banyak risiko terjadinya kleptomania, seperti:

  • Keturunan keluarga. Mempunyai ahli keluarga yang terdekat, seperti ibubapa atau adik beradik, yang mempunyai sakit mental atau penyalahgunaan bahan ataupun masalah alkohol mungkin akan meningkatkan risiko terhadap kleptomania
  • Perempuan. Kira-kira dua pertiga penghidap kleptomania adalah daripada kalangan wanita
  • Mempunyai masalah mental yang lain seperti kecelaruan bipolar, kecelaruan keresahan, kecelaruan pemakanan, penyalahgunaan bahan atau kecelaruan personaliti
  • Kecederaan di bahagian kepala ataupun otak

Baca juga artikel menarik lain:

“Menangis Dan Peluk Rakan Minta Bantuan” – Remaja Maut Disambar Petir Dalam Bilik Semasa Dengar Lagu

Kenapa Potong Bawang Buat Kita Menangis?

 

 

 

 

 

Sumber berita: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement