Connect with us
Kool FM

Berita

Ahmad Maslan Geram Rakyat Malaysia Tidak Faham Kenapa PRU-15 Perlu Diadakan Secepat Mungkin

Sabar.. Sabar.. Semua boleh bincang!

Published

on

Sedang rakyat Malaysia sibuk risaukan kes pandemik Covid-19 semakin tinggi dan ada juga negeri sedang menghadapi musibah banjir namun ada segelintir individu telah dilihat seperti tidak menghiraukan kepentingan untuk putuskan rantaian pandemik ini. Sebelum ini telah tular beberapa ahli politik seakan tidak memahami situasi yang sedang melanda Malaysia dan ada yang lebih mementingkan kuasa daripada keselamatan negara. Kemudian, baru-baru ini Ahmad Maslan telah mendakwa rakyat Malaysia yang tidak berpendidikan tinggi tidak akan memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketika di majlis ‘Wacana Ilmu’, yang dihoskan oleh UMNO Tanjung Malim dengan kerjasama UMNO Perak, Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan berkata hanya orang yang mempunyai PhD sahaja akan memahami sepenuhnya mengapa Malaysia perlu mengadakan PRU-15 secepat mungkin.

Kenyataan yang diberikannya itu merujuk kepada satu klip video yang dibuat oleh media tempatan yang menemuramah seorang rakyat Malaysia bekerja sebagai pemarut kelapa mengenai pandangannya berhubung keperluan mengadakan PRU-15.

Video tersebut tentang seorang pemarut kelapa memberitahu pihak media bahawa kita tidak sepatutnya melakukan PRU-15 ketika Malaysia masih belum habis melawan Covid-19.

Menurut Ahmad Maslan, lebih kurang 30 buah negara telah mengadakan Pilihan Raya Umum semasa pandemik Covid-19 sebagai contoh, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura dan New Zealand. Beliau menambah, Malaysia sendiri juga telah berjaya mengadakan pilihan raya semasa wabak tersebut yang merujuk kepada pilihan raya kecil di Chini, Slim dan Pilihan Raya Negeri Sabah.

Pada pendapat Ahmad Maslan, PRU-15 perlu diadakan kerana kerajaan Malaysia pada hari ini adalah kerajaan yang paling lemah di dunia. Beliau juga berkata kerajaan kini mempunyai majoriti paling tipis.

“Kita perlu PRU kerana, kerajaan ini adalah kerajaan yang mempunyai majoriti paling tipis dalam dunia. Kerusi Parlimen di Malaysia ini 222. Separuh daripada 222 itu, 111.

“Kalau nak jadi kerajaan Malaysia ini, 111 campur satu. Kerajaan Malaysia ini adalah kerajaan 111 campur satu saja! Perasan ke tidak?”

Ini pendapat Ahmad Maslan, pendapat anda pula bagaimana? Mungkin pihak kerajaan perlu membuat keputusan yang boleh memberikan kesenangan kepada rakyat bersama. Apa yang penting sekarang, SOP kena jaga walau di mana anda berada!

 

Baca juga:

Tak mungkin saya bersama DAP – Ahmad Maslan

Ahmad Maslan gagal batal pertuduhan gubah wang haram

 

 

 

 

 

Sumber: The Reporter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement