Connect with us
Kool FM

Berita

Ada 3 Suami Dan Beberapa Orang Kekasih, Wanita Kini Hamil Keliru Siapa Bapa Anaknya

Amboi.. ramainya laki dia!

Published

on

Fuh, nak jaga seorang suami pun mencabar, ini pula jaga 3 orang suami dan bebeberapa lagi orang boyfriends! Namun, seorang wanita bernama Ann Grace Aguti telah menjadi bualan netizen apabila kisah perkahwinan dan hubungan cintanya bersama beberapa orang lelaki berjaya menarik minat orang untuk mengetahui kisahnya lebih lanjut.

Menurut laporan, Ann Grace berasal dari Uganda, Afrika Timur mempunyai 3 suami dan mereka semua tinggal di rumah yang sama, bersama dengan beberapa lelaki yang menjadi kekasihnya. Difahamkan, Ann juga memiliki 7 buah rumah yang kesemuanya dibina di kawasan yang sama.

Walaupun bapa kepada Ann Grace, Peter Ogwang tidak suka dan tidak setuju dengan perbuatannya kerana ia dianggap telah melanggar aturan agama, namun Ann Grace mempunyai alasannya tersendiri untuk berbuat demikian kerana dia masih belum menemui pasangan yang benar-benar dapat memenuhi kriterianya. Oleh itu, Ann dikatakan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan pasangan hidup yang sempurna.

Sebagai informasi tambahan, bapanya merupakan seorang pastor dalam komuniti agama bernama Teso.

Grace Ann Aguti

Menurut Ann Grace, dia adalah pencari nafkah untuk keluarganya selepas mendapat seorang suamu yang tidak berguna sebelum meninggalkannya. Ann Grace masih belum jumpa pasangan sempurna dan istimewa dan sekarang dia perlu menafkahi lelaki-lelaki yang ada dalam hidupnya buat masa ini sambil meneruskan pencarian.

Pencarian Ann akhirnya berjaya dan dia telah menjadikan 3 orang di antara sejumlah lelaki berkenaan untuk menjadi suaminya dan tinggal di rumah serta tidur berganti-ganti dengannya. Segala keputusan di rumah dilakukan oleh Ann Grace dan keputusan itu harus dihormati suami-suaminya dan ia muktamad!

Untuk pengetahuan anda, suami-suami Ann Grace bukan orang biasa-biasa. Suami pertamanya bernama Richard Alich, duda 10 anak, yang merupakan pesara polis. Manakala suami kedua pula, John Peter Oluka, petani yang kaya dan memiliki rumah di kampung tersebut dan suami yang ketiga, Michael Enyaku, sarjana senior yang mempunyai tanah dan rumah di perkampungan lain. Hebat bukan?

Tambahan, 3 suaminya itu mengaku bahawa mereka tidak mempunyai sebarang masalah dan masing-masing hormati Ann Grace sebagai ketua keluarga yang harus dipatuhi setiap arahannya dan juga makan bersama. Ann Grace pernah menerima dakwaan yang kononnya dia perempuan murahan namun dia menafikan sekerasnya. Menurut Ann Grace dengan memiliki tiga suami membuatkan dia terasa lebih bahagia.

Kini Ann Grace sedang berbadan dua dan status kandungannya itu telah mencetuskan persoalan. Ann Grace yang kini sedang hamil anak keempat tetapi tidak tahu siapa bapa dari janin yang dikandung itu kerana dia melakukan hubungan kelamin dengan ketiga-tiga suaminya.

Baca juga:

Pelik Tapi Benar! Budaya Di Uganda, Si Isteri Perlu Susukan Suaminya

Jenis² Fobia Pelik Yang Mungkin Anda Miliki Tanpa Sedar…

 

Sumber: The Guardian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement