Connect with us
Kool FM

Berita

Abang Dituduh Tak Restui Hubungan Percintaan, Lelaki Ini Nekad Bakar Rumah Abang!

Adik kata abang tak restui hubungan sanggup bakar rumah abang kadung sendiri…

Published

on

Sebagai pasangan yang sedang bercinta, tentu kita mahu hubungan kita ini mendapat restu kedua orang tua kita. Selain itu, kita juga mahu orang sekeliling menerima pasangan kita seadanya. Jika tidak, mungkin kita akan dirundum kekecewaan akibat terpaksa menamatkan hubungan yang tak direstui itu.

Apabila jiwa dibelungi perasaan kecewa, kadang-kadang ada yang bertindak di luar kawalan. Seorang lelaki di Indonesia dilaporkan nekad membakar rumah abangnya kerana kecewa cinta tidak direstui abang. Sampai begitu sekali cara lelaki ini melepaskan kekecewaannya.

Namun, menurut polis, ia bukan kali pertama lelaki tersebut merosakkan kediaman abangnya. Lelaki berusia 37 tahun itu dikatakan menyelinap masuk ke rumah abangnya melalui tingakap, kemudian merosakkan kediaman dan membakar rumah itu. Kejadian yang berlaku di Surabaya, Jawa Timur itu dilakukannya kerana mengikut emosi kekecewaan selepas abangnya menolak hubungan dia bersama kekasihnya.

Sering Merosakkan Kediaman Abang Sendiri

Walaupun duduk bersebelahan dengan rumah abangnya, lelaki tersebut tidak mempedulikannya. Seperti sudah terbiasa merosakkan kediaman abangnya, dilaporkan perbuatan tersebut dilakukan sejak November 2020. Sudah beberapa kali suspek masuk ke rumah abangnya dengan melompat pagar dan memecahkan tingkap menggunakan tukul.

Namun kemuncak kepada amarah lelaki tersebut berakhir dengan dia membakar rumah abangnya itu. Suspek dikatakan mula naik ke tingkat atas dan membakar sejumlah pakaian dalam almari. Tidak cukup dengan pakaian, suspek juga turut membakar karpet mangsa. Tidak lama kemudian, api mula marak sehingga disedari oleh jiran.

Menurut laporan, abangnya tidak berada di rumah waktu kejadian. Suspek pula dikatakan melarikan diri selepas berjaya membakar rumah tersebut. Mangsa kemudian membuat laporan polis dan suspek berjaya ditangkap pada hari yang sama. 

Abang Tak Pernah Masuk Campur Urusan Adik…

Hasil soal siasat mendapati rupanya si abang tidak pernah mencapuri urusan peribadi adiknya. Ramai saksi turut menyatakan hal yang sama, di mana si abang tak pernah masuk campur urusan hubungan percintaan si adik. Jadi terpulang kepada adiknya mahu menjalin hubungan dengan sesiapa pun. 

Dalam pada itu, mangsa juga menyatakan sudah lama tidak duduk di rumah tersebut kerana risau dengan kelakuan adiknya yang sering merosakkan kediamannya. Mangsa dikatakan sering bermalam di rumah tumpangan. Nilai kerugiaan rumah mangsa dianggarkan sehingga RM 23,216. Sejumlah perabot dilaporkan hangus. Suspek kini ditahan dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah. 

Baca juga artikel menarik lain:

Belum Reda Dengan COVID-19, WHO Ramal Virus Nipah Bakal Jadi Pendemik Seterusnya?

Forum Atas Talian Ini Didakwa Jadikan Kemurungan Dan Bunuh Diri Sebagai Bahan Gurauan

 

 

 

 

Sumber daripada: Utusan Malaysia & MSN

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement