Connect with us
Kool FM

Berita

2 Peniaga Didenda RM10,000

Dia membenarkan dua imigran haram bekerja.

Published

on

Sedang kegawatan ekonomi akibat pandemik COVID-19, dua lelaki didenda sebanyak RM10,000 setiap seorang kerana menggaji dan membenarkan warga asing bekerja serta berada di premis mereka.

Perbicaraan  dibacakan tertuduh, Zulkurnain Hassan dan Yahya Mamat turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas Zulkurnain dan Yahya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen.

Sumber: cariangoogle

Mengikut pertuduhan, Zulkurnain didakwa mengambil seorang pekerja wanita warga Indonesia berusia 32 tahun tanpa permit sah bekerja di sebuah tempat menjual ayam proses.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 mengaku melakukan kesalahan itu di Pasar Besar Kuala Berang, Hulu Terengganu pada jam 12 tengah hari, 23 September lalu.

Sementara itu, Yahya yang juga seorang kontraktor didakwa membenarkan dua imigran haram masing-masing warga Myanmar berusia 35 tahun dan Bangladesh berusia 34 tahun untuk masuk atau tinggal di sebuah tapak pembinaan di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada jam 11.45 pagi, 6 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Terengganu Noraznie Alias manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pekan Rabu ditutup, pendapatan 300 peniaga terjejas ekoran pelaksanaan Temco

Sebab Tak Scan MySejahtera Di Kedai Makan, 6 Pelajar Ini Didenda RM1,000

 

 

 

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement