Connect with us
Kool FM

Berita

Kool Talk: Guna Psikologi Hadapi Perokok

Hormati satu sama lain, merokok lah di kawasan ditetapkan.

Published

on

Bermula 1 Januari lalu, Kementerian Kesihatan telah menguatkuasakan larangan merokok di kedai makan di seluruh Malaysia.

Terbaru, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melakukan inisiatif membenarkan pemilik restoran atau kedai makan, sama ada milik persendirian atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), menyediakan kawasan khas merokok di luar premis, pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat.

Usaha itu dilaksanakan bagi memahami keperluan golongan perokok dalam memberi ruang mereka melakukan aktiviti itu dalam tempoh ‘peralihan’ peraturan berkenaan.

Isu peruntukkan khas untuk bina kawasan merokok ini telah dibualkan hari ini dalam segmen Kool Talk oleh tiga penyampai radio Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz.

View this post on Instagram

Bermula 1 Januari 2020, tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan. Apa pandangan anda mengenai topik ini? Kongsikan bersama @ag_azmeer , @haizahanafi dan @heymuazkoolfm di 03-77225656 sekarang. #KoolfmAGHaizaMuaz #SuaraSemasa #Koolfm

A post shared by Kool FM (@koolfmmy) on

Terdahulu, sebanyak 21,617 notis kompaun sebanyak RM250 turut dikeluarkan kerana tidak mengikut arahan apabila masih ramai yang merokok terutama di kedai makan.

Menurut Muaz, antara kesahalan terbaru kanak-kanak berusia 12 tahun antara 276 perokok yang diberi notis kesalahan kerana merokok di tempat makan di negeri Johor.

Dalam pada itu, Haiza memaklumkan KPKT telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada 155 PBT di seluruh negara bagi pembinaan kawasan merokok di tempat awam.

Dalam temubual hari ini, antara isu-isu menarik yang dibincangkan termasuklah pandangan serta inisiatif yang diambil oleh bukan perokok ketika berdepan isu berkenaan.

Menurut pemanggil bernama Azan, yang merupakan seorang juruteknik, beliau mengambil langkah berpindah ke tempat duduk lain ketika berdepan perokok di kedai makan.

“Saya berpindah ke tempat yang lain tapi berhadapan dengan smoker ni. Jadi, bila berdepan dengan smoker ni secara tak langsung effect tu dia terasa.

“Sebab kita mendukung anak sambil kita makan. Apabila kita berhadapan dengan dia secara tak sengaja dia sendiri akan beralih ke tempat lain.

“Ya, ia satu psikologi tapi bagi saya ia common sense lah,” katanya ketika berkongsi pendapat.

Semoga usaha murni oleh pihak kerajaan ini diterima baik oleh masyarakat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement