Connect with us
Kool FM

Berita

Kool Talk: Berita Palsu Semakin Berleluasa

Tidak pasti, jangan kongsi!

Published

on

Tugas memerangi Covid-19 bukanlah perkara mudah, lebih-lebih lagi dengan penularan berita palsu yang boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat.
Begitu banyak maklumat dikongsikan sewenang-wenangnya di media sosial menyebabkan orang ramai mudah mempercayainya biarpun bukan daripada sumber yang sahih.

Penyampai Kool FM, Haiza dan Muaz menerusi segmen Kool Talk mengingatkan orang ramai bahawa tidak semua maklumat adalah benar di internet.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini menafikan beberapa kes berita palsu yang tular di media sosial antaranya seorang lelaki kononnya cedera akibat dipukul anggota tentera ketika sedang bercakap telefon di luar rumah, adalah palsu.
Selain itu, jumlah beras negara yang dikatakan hanya mampu bertahan selama dua bulan setengah akibat pandemik Covid-19 juga adalah tidak benar.
Penularan berita palsu oleh individu tidak bertanggungjawab bukan sahaja menyusahkan pihak berkuasa, malah mencetuskan kegiatan panic buying dan kekecohan dalam negara.
Puan Roszeta Kassim, Pengarah Pejabat MCMC Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika dihubungi berkata, penularan berita palsu ini terjadi disebabkan sikap masyarakat yang terlalu seronok apabila mendapat sesuatu informasi dan ingin menjadi orang pertama yang menyampaikannya kepada orang lain.
Lebih parah apabila mereka tidak periksa terlebih dahulu ketepatan maklumat sekaligus meningkatkan jumlah berita palsu.
Ditanya mengenai jawatan dan peringkat umur individu yang terdorong melakukan perkara tersebut, beliau berkata tiada target khusus tetapi berdasarkan kes, ia pernah melibatkan suri rumah dan golongan profesional umur antara 30 an sehingga 50 an.
Pesanan ringkas beliau, jika tidak pasti tentang kesahihan sesuatu maklumat, jangan kongsi.

Jadi, sebelum anda forward atau share sesuatu informasi di media sosial, pastikan periksa terlebih dahulu di portal sebenarnya.my.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement