Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kejadian Aneh ‘Hantu’ Ditembak Mati Sehingga Membawa Kepada Kes Pembunuhan

Aneh sungguh kejadian ni sampai jadi kes bunuh…

Published

on

Sekali baca tajuk je mesti dah pelik. Macam manalah hantu boleh kena tembak sampai mati. Nama pun hantu, dah tentulah sejenis makhluk ghaib. Kejadian aneh ini berlaku sekitar bulan Januari tahun 1804 di sebuah daerah bernama Hammersmith, terletak di Kota London, England. Pada masa itu, dikatakan daerah Hammersmith agak menyeramkan selepas beberapa orang penduduk di situ melaporkan mereka ternampak kelibat hantu di kawasan sekitar. Bagaimanapun pada satu malam, kisah di daerah tersebut berubah daripada kisah seram kepada kisah pembunuhan. Maka bermulalah kejadian di mana hantu ditembak mati.

Penampakan Hantu Di Hammersmith

Hantu ‘Hammersmith’ pertama kali dilihat pada bulan November 1803, dimana penduduk setempat melihat ia merayau-rayau di kawasan Barat London. Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa hantu tersebut turut menyerang orang-orang di situ secara fizikal. Ada yang berpendapat hantu tersebut merupakan roh seorang lelaki yang telah membunuh dirinya sendiri. Mungkin disebabkan penduduk di situ ketakutan, maka keluarlah pelbagai cerita-cerita yang ditokok tambah. Tapi yang pasti, melalui apa yang penduduk di situ nampak, hantu tersebut kelihatan tinggi serta memakai kain putih. 

Kain putih Misteri?

Walaupun ramai yang ketakutan dengan kelibat hantu tersebut, ada juga penduduk yang bersikap skeptikal terhadap dakwaan wujudnya hantu di situ. Terdapat juga seorang saksi yang mendakwa ternampak hantu tersebut menanggalkan kain putih yang dipakainya dan berlari ke tempat yang lain. Walaupun dah ada saksi yang cakap macam tu, penduduk di situ masih takut dengan sosok berpakaian putih yang ‘berkeliaran’ pada waktu malam. Takut itu adalah hantu sebenar. 

Pada zaman tersebut juga, pakaian putih merupakan pakaian yang sering dipakai oleh tukang batu di situ, iaitu Thomas Milwood. Hal ini tidak disedari ramai dan ada ketika beberapa orang terkejut bila terserempak dengannya di waktu malam. Isterinya juga turut menasihatinya untuk menukar warna pakaiannya sebab pada ketika itu warna putih boleh menakutkan orang lain di waktu malam. Tetapi Milwood tetap berkeras dan memakai warna yang sama. Apa yang berlaku kepada Milwood selepas ini memang tiada siapa yang menjangkakannya.

Disangka Tembak Hantu, Rupanya…

Laporan tentang kelibat hantu di kawasan Hammersmith akhirnya sampai juga ke telinga pemburu hantu ketika itu. Pada 3 Januari 1804, seorang lelaki tempatan bernama Francis Smith membuat keputusan bahawa dia akan mencari lembaga berpakaian putih di Hammersmith. Smith membawa senapang bersamanya ketika pergi memburu hantu. Agak pelik jugalah kenapa pemburu hantu ni bawa senapang sebab hantu mana lut dengan peluru. Tapi Smith tak peduli, dan dia terus melakukan rondaan di kawasan tersebut. Waktu itu, kebetulan juga Milwood sedang berjalan pulang ke rumah melalui Black Lion Lane (merupakan sebuah pub).

Ketika Smith ternampak kelibat Milwood, dia dengan segera menegur dan bertanya “siapakah kamu dan apakah kamu?”. Belum sempat Milwood nak jawab, Smith terus menembaknya dengan senapang. Selepas itu barulah Smith sedar bahawa yang ditembaknya itu bukan hantu, tetapi seorang lelaki bernama Milwood. Smith cuba menyelamatkan Milwood dengan membawanya masuk ke dalam Black Lion Lane, tetapi dah terlambat. Smith kemudian dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan membunuh. 

Ini Semua Salah ‘Hantu’

Smith mengaku bahawa dia yang menembak Milwood, tetapi dia mengatakan yang dia menyangka Milwood adalah hantu yang diperkatakan oleh penduduk setempat. Agak kontroversi juga kes pembunuhan tersebut ketika itu yang menyukarkan Hakim untuk membuat keputusan. Akhirnya Smith didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati, tetapi kemudian ditukarkan kepada hukuman penjara setahun serta melakukan pekerjaan yang berat. 

Tak lama lepas tu, tiba-tiba seorang lelaki bernama John Graham tampil membuat pengakuan bahawa dialah yang bertanggungjawab terhadap penampakan hantu di daerah Hammersmith. Dikatakan bahawa Graham geram dengan seorang pelatih di tempat kerjanya yang sering menakut-nakutkan anaknya dengan cerita hantu. Jadi satu hari dia mendapat idea untuk menakutkan pelatih tersebut dengan memakai kain putih di waktu malam. Maka terjawablah misteri hantu yang diperkatakan oleh penduduk Hammersmith.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Penari Jelita Ditembak Mati Dipercayai Jalin Hubungan Sulit Dengan Ahli Politik

Akibat Terpengaruh Video YouTube, Remaja Perempuan Bertindak Bunuh Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun!

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Londonist

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement