Semasa & Hiburan
Konsert Sulung Halestorm Di Kuala Lumpur
Cepat dapatkan tiket sebelum terlambat!
Kumpulan rock dari Amerika Syarikat, Halestorm teruja untuk menemui peminat mereka di Malaysia apabila bakal mengadakan konsert sulung di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur pada 14 Disember depan.
Penyanyi dan pemain gitarnya, Lzzy Hale berharap peminat akan datang beramai-ramai membanjiri konsert berkenaan selain turut menjanjikan akan memberi persembahan terbaik bagi menghiburkan peminat di negara ini.
Pada konsert Halestorm Live In Malaysia 2019 itu nanti, mereka yang popular dengan lagu I Am The Fire menerusi siri Supernatural akan turut mempromosikan album terbaharu berjudul Vicious yang dihasilkan tahun lalu.
Berasal dari Red Lion, Pennsylvania, Halestorm yang ditubuhkan pada 1998 turut dianggotai Arejay Hale (dram) yang juga merupakan adik kepada Lzzy, Joe Hottinger (gitar) dan Josh Smith (bass).
Cepat dapatkan tiket sebelum terlambat!