Connect with us

Hiburan

Konsert Reunion Satukan Elite, KRU, Feminin, Nico, 4U2C Tahun Depan!

Terujanya!!

Published

on

Impian peminat untuk melihat kehebatan kumpulan Elite, KRU, Feminin, Nico dan 4U2C bergabung di pentas yang sama bakal menjadi kenyataan, tidak lama lagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh salah seorang ahli kumpulan Elite iaitu Linda Rafar menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut satu portal hiburan online, Linda berkata sebenarnya ramai yang membuat permintaan untuk kumpulan tersebut kembali bersatu namun, masa terlalu suntuk untuk mereka.

“Elite, Feminin, Nico, 4u2c & KRU akan bergabung utk concert 2020… Peminat kami are you ready???” tanya Linda menerusi satu gambar yang dimuat naik di laman sosial tersebut.

Sementara itu, menjengah ke laman Instagram pengacara AC Mizal yang juga salah seorang ahli kumpulan 4U2C turut mengesahkan perkara yang sama.

Bagaimanapun, perkara tersebut belum dinyatakan secara rasmi malah tiada tarikh tetap selain lokasi konsert juga belum diberitahu.

Pernah digelar sebagai Spice Girls Malaysia, kumpulan Elite mengeluarkan empat buah album pada antara tahun 1996 hingga 2000.

 

Sumber daripada: Instagram Linda Rafar & EmyliaDAC

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement