Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Khadijah Ibrahim Rancang Konsert Solo

Semoga perancangan konsert Datuk Khadijah berjalan lancar.

Published

on

Sempena meraikan ulang tahun ke-40 pembabitannya dalam industri muzik tanah air pada 2020, penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim merancang untuk menganjurkan konsert solo.

“Saya pernah mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas sebelum ini. Kali ini, saya mahu mengadakan konsert di lokasi terbaik khusus untuk konsert istimewa ini.

“Antara lokasi konsert yang dalam perancangan ialah Istana Budaya dan mungkin di stadium yang lebih besar,” katanya.

Bagaimanapun, perkara tersebut masih di dalam perancangan dan belum ada kata putus.

“Namun, saya masih berbincang dengan pihak terbabit lagi dan belum memutuskan lokasi sesuai.

“Saya juga merancang untuk mengundang mereka yang banyak membantu dalam bidang seni seperti Datuk Dr Ahmad Nawab, rakan seperjuangan seperti Datuk Ramli Sarip dan Datuk M Nasir untuk terbabit dalam konsert ini,” kata Khadijah.

Mengenai tajaan pula, beliau mahu menggunakan duit sendiri untuk merealisasikan konsert itu nanti.

“Saya turut mengalu-alukan pihak syarikat korporat untuk bekerjasama dalam konsert ini nanti. Pada masa sama, selain tetamu diraja, saya juga akan mengundang tetamu kenamaan terutama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau mengikuti perjalanan karier seni saya sejak dulu,” kata Khadijah.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement