Berita
Ketum Bukan Penyelesaian Kencing Manis
Perkongsian yang menarik..
Ramai orang yang menganggap bahawa air ketum boleh merawat pelbagai penyakit termasuklah diabetes dan darah tinggi.
Namun, menurut satu portal online, ia adalah tidak benar dan hanya mitos kerana tiada bukti secara klinikal atau saintifik bahawa ketum mampu mengubati penyakit tersebut dan disebabkan itu jugalah terdapat akta yang meletakkan ketum adalah racun kerana ia amat berbahaya.
Bukan sahaja di Malaysia, di luar negara juga mempunyai akta yang sama kerana sudah ada kes yang melibatkan kematian.
Ramai yang percaya air ketum turut mampu menurunkan paras gula berlebihan dalam darah jika diambil secara tradisional dengan membuang urat tengah daun tersebut.
Malah terdapat juga sesetengah golongan yang mendakwa bahawa penyakit mereka sembuh setelah beberapa tahun mengambil air ketum tanpa bergantung kepada ubat moden.
Menerusi Kool Talk pada 6 Februari 2020, mereka telah mendapatkan Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman, Hospital Pakar KPJ Perlis, Dr. Nurazam Omar untuk pencerahan berkenaan kegunaan sebenar daun ketum.
Menurutnya, ketum ini sudah kembali menjadi fenomena sekitar tahun 2003, dimana seseorang yang mengamalkannya boleh menjadi menjadi ketagihan.
Namun, kebanyakkan orang dahulu mengambil ketum ini untuk melegakan cirit-birit. Ada juga pembuktian bahawa ketum ini juga boleh memberikan tenaga kepada orang yang mengambilnya.
“Ketum ini juga boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami kesan sampingan termasuk pening, penat dan sawan sekiranya ia diamalkan dalam tempoh masa yang lama.”
Ikuti perbualan lanjut Haiza, AG dan Muaz bersama Dr. Nurazam mengenai kegunaan daun ketum menerusi Catch Up Kool dibawah:-