Connect with us
Catch Up Kool

Gaya Hidup

Ketika Dunia Tengah Sibuk Perangi Koronavirus, Hantavirus Pula Muncul Di China!

Published

on


Ketika seluruh dunia ketika ini masih bermati-matian melawan penularan wabak Koronavirus yang mengorban ribuan nyawa dan melumpuhkan aktiviti manusia. Kita dikejutkan dengan satu lagi berita buruk dengan kehadiran kembali wabak yang digelar Hantavirus.

Seorang lelaki di wilayah Yunnan, China telah disahkan positif Hantavirus dan disahkan maut. Dia ditemui meninggal dunia ketika berada di dalam sebuah bas. Semua penumpang bas berkenaan telah diuji bagi mengetahui adakah mereka juga menjangkiti virus tersebut. Ini kerana Hantavirus mempunyai simptom yang hampir sama dengan Koronavirus.

Hantavirus kemudian menjadi trending di laman sosial. Ramai sebenarnya yang belum jelas dengan virus ini. Sebenarnya, virus ini pernah muncul dan menjadi wabak pada tahun 1993 di Amerika Syarikat. Jadi, di sini kami akan kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu dengan Hantavirus.

Sumber: IDN Times

Dibawa oleh tikus

Hantavirus merupakan penyakit yang disebarkan antara haiwan ke manusia. Haiwan utama yang menjadi sebab penyebarannya ialah tikus. Manusia akan terkena virus ini sekiranya pernah melakukan kontak dengan urine, saliva atau najis haiwan tersebut. Boleh jadi juga kalau anda memakan daging tikus atau anda digigit oleh tikus.

Gejala

Gejala Hantavirus boleh dikesan  dua hingga empat minggu setelah pesakit dijangkiti wabak tersebut. Simptomnya sama seperti flu. Anda akan mengalami demam 38 darjah celcius, menggigil, sakit kepala, batuk dan sakit sendi. Ada juga yang mengalami gejala lain seperti mual, muntah dan cirit-birit.

Sumber: Bustle

Boleh ke mengundang maut?

Mereka yang mengalami simptom virus ini kena cepat dapatkan rawatan. Kalau tak dapat rawatan yang cepat, keadaan pesakit akan bertambah buruk secara drastik. Gejala batuk dan sesak nafas boleh menyebabkan pembuluh darah pecah di sekitar paru-paru. Maka, ia boleh menimbulkan kegagalan paru-paru untuk berfungsi dan kematian dalam tempoh hanya beberapa jam.

Boleh menyerang ginjal

Tidak hanya pernafasan, ia juga boleh menyerang ginjal. Keadaan ini digelar haemorrhagic fever with renal syndrome (HFRS). Jika ginjal anda gagal berfungsi, maka pembuluh darah boleh pecah dan ginjal anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

Boleh ke menular manusia ke manusia?

Kita boleh menarik nafas lega kerana virus ini tidak berjangkit antara manusia ke manusia. Wabak ini hanya terjadi antara manusia dan tikus. Ia tidak akan merebak ke tempat yang sudah dibersihkan dengan baik. Walaupun penularan virus ini sangat kecil, namun tak ada salahnya untuk kita saling berjaga-jaga dan mengamalkan kebersihan.

Musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, gunakanlah dengan berfaedah dengan lebih rajin semasa di rumah. Pastikan anda membersihkan kawasan kediaman bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Bersamalah kita menjaga kebersihan dan keselamatan keluarga kita bersama.

 

Baca juga:

Jangan Ingkar Arahan! Gelombang Ketiga COVID-19 Lebih Parah

 

 

 

 

 

Sumber: IDN Times

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement