Connect with us
alt_img>

Donna

Ketahui Jenis Makanan Yang Mengandungi Vitamin C

Untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, ia bergantung cara pemakanan dan gaya hidup anda

Published

on

Untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, ia bergantung cara pemakanan dan gaya hidup anda. Kepada ibu-ibu di luar sana, pastikan anda mengetahui setiap makanan mengandungi zat jenis apa dan apa fungsinya.
Kalau main masak je, macam mana keluarga anda dan anda sendiri nak dapatkan gaya hidup yang sihat kan?
Oleh itu, Donna akan kongsikan kepada anda senarai makanan yang mengandungi vitamin C yang boleh anda gunakan untuk dalam masakan dan hidangan harian. Tapi, kenapa Donna memilih vitamin C?
Vitamin C mempunyai sifat antioksidan dan sangat berperanan dalam pembentukan kolagen dalam kulit. Tapi, bila umur makin meningkat, kolagen dalam kulit pun makin berkurang dan menyebabkan kedutan dan kering.
Jadi, Donna rasa, anda patut tahu makanan apakah yang mempunyai vitamin C. Antaranya….

Strawberri

Untuk pengetahuan anda, disebabkan strawberi mengandung vitamin C, asam salisilat, antioksidan dan exfoliant, buah ini sering dijadikan mask muka untuk menyingkirkan sel kulit mati pada wajah.

Selain itu, ia juga memberi khasiat pada mata di mana strawberi dapat mengurangkan masalah katarak mata pada usia tua.

Tembikai

Kandungan Vitamin C di dalam buah tembikai sangat tinggi. Ia dapat membantu sistem imun dalam badan dan membantu tubuh badan melawan daripada terkena penyakit jantung dan kanser.

Selain itu, sebuah kajian turut menunjukkan yang kandungan antioksidan Vitamin A dan Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan kulit terutamanya bagi mereka yang telah berumur.
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.donna.com.my
Penulis : Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement