Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Kesan Bila Suami Isteri Tidur Berasingan

Published

on


Seorang tidur kat depan, seorang lagi tidur dekat bilik. Itulah kebanyakan pasangan yang dah berkahwin selalu lakukan. Sampaikan ada yang bila nak melakukan hubungan intim je si suami sanggup merangkak masuk bilik untuk puaskan nafsu. Kalau tak merasa nak ‘cucuk’ isteri tu, memang tidur berasinganlah.

Alasan sebab anak-anak nak tidur sama so susah mereka nak tidur bersama. Ya, memang betul tapi bukankah melentur buluh dari rebungnya? Didik anak untuk tidur di bilik mereka sendiri. Khaskan katil untuk mereka. Pada awalnya memang agak sukar tapi percayalah tindakan ini untuk kebahagiaan satu keluarga.

via GIPHY

Lagipun, kalau suami isteri tidur berasingan secara tak langsung akan menimbulkan kesan negatif dalam jangka yang panjang. Mesti ramai yang tak tahu dan ambil enteng tentang isu ini kan? Antaranya adalah…

Stres!

Percaya tak pelukan dan sentuhan pasangan dapat mengurangkan stres? Erti kata lain bila dipeluk, disentuh dan dibelai penuh dengan kasih sayang oleh pasangan, ia dianggap sebagai terapi. Bila tak dipraktikkan, mulalah akan timbul pergaduhan sampai benda kecil pun boleh jadi isu.

Tak dapat buat pillow talk

Kalau anda nak tahu pillow talk ni banyak kebaikannya di mana anda dapat memperbaiki komunikasi, menambah kepercayaan, mendalami hati pasangan, buat hubungan lebih rapat dan banyak lagi.

Cuba bayangkan kalau tak ada sesi pillow talk. Macam mana hubungan nak rapat dan kekal sampai ke tua? Jangan ingat bila dah akad dan duduk rumah sebumbung, anda dah kenal luar dalam pasangan. Sebenarnya belum lagi. Berapa ramai pasangan berkahwin yang berakhir dengan kes cerai hanya disebabkan tiada komunikasi yang baik di antara dua pihak? Ha, hati-hati tau!

via GIPHY

 Nikmat kahwin tak dapat rasa

Kalau tidur asing, sama je macam bercinta sebelum berkahwin dulu. Tak ingat ke sebelum kahwin bukan main lagi tidur pun nak dipeluk siap video call sebelum tidur. Bila dah berkahwin, buat cara dah kahwin .

Tidur sama tak kira bergaduh atau berbaik. Macam point dekat atas tadi, sentuhan ini penting dan dari situ datangnya nikmat alam perkahwinan. Kalau tak, memang sampai bila-bila anda tak kan rasa nikmat berkahwin.

via GIPHY

Mana yang dah terbiasa tidur berasingan, tidak terlambat untuk anda mulakan semua habit tidur bersama. Jangan hanya ketika nak ‘berseronok’ je bersama, lepas puas, tinggal je pasangan berseorangan. Don’t do that okay!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Realiti Sebenar, Elfira Loy Tunjuk ‘Struggle’ Ibu Bapa Tidurkan Anak

Cuba Tip Ni, Ubah Bilik Tidur Sempit Jadi Selesa

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement