Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Kenapa Otot Lesu Dan Perut Kejang Bila Bersukan?

Tarik nafas dalam-dalam..

Published

on

“Jangan makan banyak sangat, nanti perut kejang waktu lari.”

Pernah dengar dialog ni waktu kita semua mahu memulakan aktiviti bersukan? Ini ialah dialog yang kerap kali didengarkan? Memang benar, petua daripada mereka ni berjaya kurangkan masalah perut kejang pada sisi perut, tapi kejangnya tetap ada. Kenapa perkara ini berlaku?

Pemuda yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Biologi bernama Ammar ada jawapannya:-

Menurutnya masalah kejang perut ini bukan seperti masalah kejang otot lain yang melibatkan salah penarikan urat – ia sama seperti masalah otot lesu semasa bersukan, dan tindak balas biokimia sel otot pada waktu tersebut adalah sama seperti proses penapaian oleh mikrob.

Seperti yang sudah sedia maklum, sel dan mikrob menggunakan oksigen untuk membebaskan tenaga daripada gula. Bahan buangan yang terhasil daripada proses ini ialah air dan karbon dioksida.

Image

Nama proses ini ialah respirasi aerobik. Apabila oksigen tak cukup, mereka akan melalui proses penapaian di mana tenaga itu dibebaskan daripada gula tanpa oksigen.

Walau bagainamanapun, tenaga yang dibebaskan adalah sangat sedikit berbanding dengan oksigen dan bahan buangannya juga lain. Bergantung kepada jenis mikrob, mereka boleh hasilkan sama ada alkohol atau asid laktik sebagai bahan buangan, manakala sel otot kita pula akan hasilkan asid laktik sahaja semasa proses penapaian atau terma saintifiknya, respirasi anaerobik. Semasa kita sedang berlari, kadar oksigen yang dipam ke dalam badan adalah sekata dan mencukupi.

Lama kelamaan, tuntutan oksigen oleh sel badan kita akan melebihi daripada jumlah oksigen yang dapat dipam kepada mereka. Contoh situasi ini ialah apabila kita lari dalam keadaan memecut.

Ini secara tak langsung menyebabkan sel otot kita tak cukup oksigen dan memaksa mereka melalui respirasi anaerobik, mencetuskan ‘hutang oksigen’.

Image

Bahan buangan proses ini, asid laktik inilah punca kenapa otot kita jadi lesu dan perut jadi kejang bila berlari laju untuk jangka masa yang lama.

Asid laktik ini terkumpul dalam otot dan menyebabkan kelesuan. Selain itu, masalah kelesuan ini juga boleh berpunca daripada ketidakseimbangan elektrolit dalam sel tapi dalam kebanyakan kes, masalahnya ialah pengumpulan asid laktik.
“Untuk menghilangkan asid laktik, apa yang perlu kita buat ialah tarik nafas dalam dalam. Ingat, masalah ni berlaku sebab tak cukup oksigen. Jadi, kita kena bagi bekalan oksigen yang cukup kepada seluruh sel dalam badan.”
Dengan ini, sel otot akan menukar balik respirasi anaerobik mereka kepada respirasi aerobik dan penghasilan asid laktik pun terbantut. Juga, kehadiran oksigen yang cukup akan bantu oksidakan asid laktik kepada gula ataupun pyruvate yang boleh digunakan untuk membebaskan tenaga.
“Sebab itulah apabila kita mengalami masalah perut kejang ketika berlari, benda yang kita perlu buat ialah perlahankan larian (rendahkan tahap tuntutan hutang oksigen) dan tarik nafas dalam dalam (untuk membekalkan oksigen yang banyak kepada sel otot).”
Secara teorinya, apabila kita kurangkan rintangan angin, kelajuan kita akan meningkat tapi tenaga yang dipakai adalah rendah.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement