Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Kenapa Ada Belon Cecair Gatal Timbul Tepi Bibir?

Herpes, tidak melibatkan kematian tapi boleh mengubah kehidupan seseorang.

Published

on

Mungkin dalam kalangan kita pernah mengalami timbulan belon cecair yang gatal di tepi bibir atau lebih dikenali sebagai Virus Herpes Simpleks. Simptom ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu;

  1. Herpes simpleks jenis 1 (HSV-1, atau herpes oral)
  2. Herpes simpleks jenis 2 (HSV-2, atau herpes alat kelamin)

Dalam artikel ini penulis ingin membincangkan tentang herpes oral di mana selalunya jangkitan di bahagian mulut sehingga individu tersebut merasakan gatal, berdenyut dan tidak selesa.

Sumber: freeconsumerview

Bagaimana individu boleh mengalami Herpers Oral?

  1. Berkongsi gincu.
  2. Berciuman mereka yang mengalami Herpes.
  3. Kongsi sudu, garfu, penyedut minuman, gelas atau makanan.

Apakah simptom ini boleh timbul? Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tanda dan simptom herpes oral adalah…

  1. Kesakitan, kegatalan dan kepanasan di kawasan jangkitan dapat dirasa sehari atau lebih sebelum gelembung air jangkitan timbul.
  2. Kesakitan dan gelembung air akan muncul. Gelembung air ini akan pecah dan membentuk ulcer dan ditutupi kepingan keras . Keadaan ini akan berlarutan Antara 2 hingga ke 20 hari.
  3. Simptom seperti selsema, demam, kesakitan otot dan kebengkakan nodus limfa leher.
  4. Herpes keratitis iaitu jangkitan herpes bahagian mata boleh terjadi. Kesakitan, sensitif kepada cahaya, rembesan cecair dan ketidakselesaan boleh terjadi pada satu atau dua mata yang dijangkiti. Kelewatan untuk diagnos dan rawat boleh menyebabkan penglihatan kabur atau buta.

Sumber: healthline

Buat masa ini tiada rawatan penyembuhan oleh itu rawatan tertumpu kepada kelegaan simptom. Kawasan jangkitan akan hilang dengan sendirinya.

Namun, terdapat ubat-ubatan yang boleh mengurangkan frekuensi dan keterukan jangkitan berulang. Antaranya, Acyclovir, Famciclovir dan Valacyclovir.

Ubat-ubatan ini boleh didapati dalam bentuk pill atau krim sapu. Untuk jangkitan yang teruk, ubat boleh diberi secara suntikan.

Jangan risau, Herpes, tidak melibatkan kematian, tetapi boleh mengubah kehidupan seseorang yang dijangkiti. Adalah sangat penting untuk mengetahui tentang HSV.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ketiak Gatal Dan Sakit Lepas Pakai Deodoran? Ini Bahan Kimia Yang Anda Perlu Ambil Tahu!

Jangan Ambil Ringan, Ini Simptom Ekzema Pada Si Manja

 

 

 

 

Sumber: KKM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement