Connect with us

Donna

Kenali Setiap Jenis Nama Pakaian Baju Anda

Bila bercakap tentang isu pakaian, wanita mesti akan keluarkan barisan ayat di atas. Walhal dalam almari, bukan main banyak lagi baju yang tergantung dan terlipat. Malah, ada yang tak pakai lagi!

Published

on

“Tak ada baju nak pakai la. Nak pakai baju apa eh?”

Bila bercakap tentang isu pakaian, wanita mesti akan keluarkan barisan ayat di atas. Walhal dalam almari, bukan main banyak lagi baju yang tergantung dan terlipat. Malah, ada yang tak pakai lagi!
Mungkin kesukaran ini disebabkan faktor untuk memilih pakaian yang bersesuaian dengan penampilan wajah, warna kulit, bentuk tubuh yang akan dikenakan. Kesemua faktor ini lah yang membuatkan ia amat penting dalam penampilan.
Oleh itu, Donna akan kongsikan bersama anda bentuk dan nama setiap baju yang ada dalam almari anda.

Dress panjang

Mudah saja untuk mengenali baju dress panjang. Ia seperti jubah tetapi mempunyai renda-renda di bahagian pinggang atau bahu dan tidak mempunyai seluar. Kecuali kain dress agak jarang yang memerlukan menyarung seluar legging di dalam.
Ia sangat sesuai untuk majlis formal, tidak formal, bersantai. Yang pasti mengikut corak pada dress panjang anda.

Sumber: unsplash

Kemeja

Kemeja adalah seperti baju tshirt tapi apa yang membezakan dua pakaian ini adalah kemeja mempunyai kolar dan mempunyai butang di bahagian tengah dari atas sampai bawah.
Ia sangat sesuai untuk majlis formal atau perjumpaan rasmi.

Sumber: zalora

Cardigan

Mudah saja untuk mengenal pasti cardigan, ia seperti jacket yang santai. Jenis kain pun tidak terlalu keras seperti kot atau blazer. Sangat sesuai untuk digayakan ketika bercuti, keluar lepak dengan kawan atau pergi mengambil angin di taman.

Untuk mengetahui lebih lanjut, Klik sini
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement