Connect with us
Kool FM

Berita

Kemurungan: Kanser Emosi

Jangan biarkan penyakit kemurungan menghantui diri anda atau orang tersayang.

Published

on

Nampak normal, tetapi sebenarnya ramai dalam kalangan masyarakat di negara kita mengalami masalah kemurungan atau depresi.

Dalam sesi bual bicara Kool Talk bertarikh 25 Februari, tiga penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz membincangkan tentang topik kemurungan yang boleh disifatkan sebagai kanser emosi.

Menurut Muaz, seramai 4.2 juta rakyat di Malaysia mengalami masalah kemurungan.

Topik ini dapat dirungkai dengan lebih mendalam apabila Kool FM telah menjemput Prof Madya Dr Azlin Baharudin, seorang Pakar Perunding Psikiatri dan Pensyarah, Fakuliti Perubatan UKM & Hospital Cancelor, Pusat Perubatan UKM.

Kata beliau, stress dikategorikan sebagai satu penyakit mental dan ia bawah sedikit daripada penyakit kemurungan.

Malah, seramai 264 juta masyarakat di seluruh dunia dilaporkan menghidap depresi.

Tanda-tanda kemurungan:

1. Susah hati yang berpanjangan selama dua minggu atau lebih

2. Cepat penat

3. Hilang fokus

4. Cepat marah, menangis dan sensitif

5. Terlebih atau terkurang makan

6. Terlebih atau terkurang tidur

7. Hilang mood

8. Halusinasi (tahap teruk)

Apabila ditanya adakah penyakit kemurungan salah satu penyakit yang paling tinggi dan ditakuti, Dr Azlin, berkata ia merupakan penyakit kedua tertinggi selepas sakit jantung, menurut statistik.

Tidak dinafikan, wujud juga kanak-kanak yang mengalami kemurungan sejak kecil berpunca daripada pelbagai faktor.

Antaranya, ibu bapa yang terlalu mengharapkan keputusan cemerlang daripada anak-anak, sama ada terlalu sibuk bekerja atau over protective sehingga mereka merasa tertekan dan terpaksa meluahkan perasaan kepada kawan-kawan.

Jangan biarkan penyakit kemurungan menghantui diri anda atau orang tersayang.

Segera dapatkan rawatan daripada pakar di hospital berdekatan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement