Connect with us
Kool FM

Berita

Kemaskini Resume Anda, Daftar & Mohon PENJANA Kerjaya Mulai 15 Jun!

Maklumkan kepada semua ya!

Published

on

Berita baik buat semua rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan susulan penularan wabak COVID-19!

Kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah mengumumkan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

daftar myfuturejobs perkeso penjanakerjaya

Program yang membolehkan penganggur dan graduan mendaftar mulai 15 Jun itu juga diwujudkan untuk meningkatkan prospek pekerjaan.

Jika anda berhasrat untuk memohon program ini, ikuti langkah-langkah berikut:-

Majikan yang mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka boleh mula mendaftarkan profil mereka juga pada 15 Jun melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

Mulai 1 Julai dan seterusnya, majikan boleh memilih nama pekerja yang diupah di bawah program ini.

Majikan juga boleh memilih dari senarai kursus yang diluluskan melalui laman sesawang berkenaan untuk pekerja mereka yang baru diupah, jika diperlukan, untuk tujuan pengambilan pekerja dan peningkatan kemahiran.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai PenjanaKerjaya, sila lihat Soalan Lazim yang diterbitkan di laman web rasmi Perkeso.

Anda juga boleh menghubungi talian hotline di 03-8091 5300 (Isnin hingga Ahad) atau e-mel [email protected]

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement