Berita
Kanak-Kanak OKU Diterajang, Dilibas & Dipijak Sampai Mati
Pihak polis dan hospital telah mengenal pasti beberapa parut di badan mangsa yang mencurigakan.
Kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak bukan lagi perkara yang jarang didengar tapi hampir setiap bulan pasti ada kes jenayah ini.
Lebih teruk lagi apabila nyawa si kecil diragut oleh keluarga sendiri akibat terlalu mengikut perasaan atau tempat melempiaskan perasaan.
Itulah yang terjadi padi seorang kanak-kanak kurang upaya ini apabila keluarganya sendiri menderanya termasuk nenek saudaranya dan beberapa ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pada awalnya, emak saudara mangsa, 24, telah membuat panggilan kecemasan apabila menemui mangsa yang terbaring di atas lantai dan tidak bergerak.
Pada masa yang sama, keluarganya turut enggan membuat bedah siasat dan mengatakan kejadian itu adalah sebahagian penyakit mangsa.
Namun, pihak polis dan hospital telah mengenal pasti beberapa parut di badan mangsa yang mencurigakan.
Antaranya adalah parut seolah dilibas dan kesan bakar pada badan. Temuramah awal bersama keluarga mengatakan mangsa mendapat parut-parut berkenaan kerana mengalami kesusahan bergerak.
Dengan ketidak pastian nasib mangsa, bedah siasat telah dijalankan dan mendapati usus perut mangsa telah pecah, kemungkinan besar akibat diterajang, dipijak ataupun dipukul dengan objek tumpul yang amat berat.
Lanjutan penemuan bedah siasat itu, pihak polis telah menangkap 6 suspek yang terdiri daripada ahli keluarga mangsa termasuk nenek saudara mangsa berusia 55 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Gagal Lengkapkan Dokumen Pelesenan Kelab, Melaka United Bakal Beraksi Di Liga M3?
OKU penglihatan terjejas akibat COVID-19 terima bantuan
Sumber: facebook