Connect with us
Webinar Kool

Berita

“Kami Tak Ada Kuasa Untuk Saman,” – JPJ Kaji Undang-Undang Berbasikal Di Leburaya

Bagaimanapun Latar Expressway mengeluarkan kenyataan kepada penunggang basikal menerusi laman facebook rasmi mereka.

Published

on

Aktiviti menunggang basikal seakan menjadi trend sepanjang musim pandemik COVID-19. Lebih-lebih lagi bila ramai artis dan individu berpengaruh turut melakukan aktiviti ini.

Apa yang menjadi isu sekarang ini apabila berlaku peningkatan aktiviti berbasikal di jalan raya termasuk basikal lajak sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Pada masa ini, JPJ tidak mempunyai kuasa untuk menyaman terhadap pengguna basikal kerana basikal kenderaan off-road yang tidak dikenakan cukai jalan dan kenderaan yang boleh dikuatkuasakan oleh JPJ melainkan memberi advokasi dan pendidikan,”

Itulah penerangan dari Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid ketika ditemubual selepas merasmikan Pusat Kawalan Penguat Kuasa Lebuhraya (UPLR) Pertama di Lebuhraya Bangunan Plaza Tol (Lama) Jelapang (arah selatan) di Kilometer 268 Lebuhraya Utara-Selatan.

Sumber: jpjfacebook

Katanya lagi, disebabkan terlalu ramai penunggang basikal menggunakan lebuh raya sebagai trek laluan mereka sehingga mengundang bahaya kepada pengguna lain yang terpaksa mengelak dari melanggar. Jadi, pihak mereka sedang kaji dan bekerjasama dengan penguat kuasa lain termasuk polis untuk selaraskan keadaan itu.

Bagaimanapun Latar Expressway mengeluarkan kenyataan kepada penunggang basikal menerusi laman facebook rasmi mereka. Semoga undang-undang baru yang dikeluarkan dapat memberi kebaikan ramai.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: latarfacebook , hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement