Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

“Kalau Level Nafsu Lelaki Macam Buaya, Tetap…”Caprice Akui Sukar Fahami Logik Fynn

Published

on


Trending di laman Twitter  beberapa hari berturut-turut nama penyanyi Fynn Jamal apabila beberapa kenyataan  yang dinyatakan menerusi Instagram Story mengundang kontroversi daripada pelbagai pihak.

Terbaharu, dalam satu sesi Instagram live bersama Caprice, mereka turut membincangkan faktor-faktor yang boleh membawa kepada berlakunya jenayah rogol. Menurut Fynn Jamal, jika seseorang wanita mengenakan ‘filter’ dan ‘selfie’ di laman sosial, ia akan mengundang berlakunya kes rogol.

BACA: Ini Soal Akidah: PU Azman Terang Hukum Main & Filter Angkat Keranda Ada Salib

Dalam video berkenaan, Fynn mengatakan aplikasi media sosial seperti Tik Tok, mengenakan filter menyebabkan ia jatuh kepada hukum tabarruj iaitu berlebih-lebihan. Ia secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang dirogol.

Caprice memberi contoh bahawa ibunya sendiri mengenakan solekan bukan untuk ayahnya tetapi untuk berasa yakin dengan diri sendiri. Fynn bagaimanapun menyatakan bahawa perempuan boleh lakukan demikian tapi hanya di dalam rumah.

Perbincangan itu menjadi panas dan sukar diselesaikan dalam tempoh satu sesi Instagram Live itu. Bagaimanapun, Caprice yang tak memahami logik Fynn pula berpendapat bahawa aplikasi Tik Tok, Instagram dan lagu yang dikatakan boleh mengundang jenayah rogol itu boleh saya dilakukan untuk tujuan berdakwah.

“Jika kita remove semua ini pun, kalau level nafsu lelaki sudah sampai tahap buaya, tetap akan buat kerja gila,” tulisnya dalam kapsyen video terbaharu.

“Saya bukan nak debat Al Quran, saya nak debatkan tentang manusia dan pandangan kita,” kata Caprice.

BACA: Perangai Gila-Gila Tapi Siapa Sangka Mimi Peri Pandai Baca Al-Quran

Dalam sesi perdebatan ini, dapatlah kita lihat apakah hujah dan pandangan mereka. Menarik juga untuk dengar pelbagai pandangan daripada dua individu berpengaruh di Malaysia ini. Anda pula rasa macam mana?

 

 

 

 

 

 



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement