Connect with us

Berita

Jersi Barack Obama Dijual RM500,000

Obama sememangnya dikenali sebagai peminat sukan bola keranjang.

Published

on

Jersi bola keranjang milik bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dilaporkan dijual pada harga AS$120,000 (RM500,820), semalam.

Menurut Heritage Auctions, iaitu rumah lelongan dari Dallas, jersi bernombor 23 itu dimiliki Obama ketika beliau berusia 18 tahun, ketika sedang belajar di sekolah tinggi Punahou di Hawaii.

Sebelum ia dijual pada sesi lelongan berkenaan, Jersi itu dianggarkan bernilai AS$100,000 (RM417,350).

Obama dikenali sebagai peminat sukan bola keranjang dan sering dilihat bermain permainan itu ketika berkhidmat di Rumah Putih bersama kakitangannya, beberapa selebriti dan tetamu lain.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement