Home > #CeriteraKool > “Jangan Ragui Naluri Anda”, Hans Isaac Umum Tak Jadi Kahwin

“Jangan Ragui Naluri Anda”, Hans Isaac Umum Tak Jadi Kahwin

Penerbit filem dan pelakon, Datuk Hans Isaac, 46, hari ini mengumumkan majlis perkahwinannya dengan Gabriella Robinson, 28, yang sepatutnya berlangsung tahun depan terpaksa dibatalkan.

Hans menerusi laman instagram miliknya berkata, keputusan itu dibuat setelah berfikir panjang selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Februari lalu.

A leopard will never change HER spots ! Time to move on .

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

“Dengan berat hati, saya mengumumkan rancangan saya untuk berkahwin, selepas bertunang pada 29 Januari tahun ini, terpaksa dibatalkan.

“Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan ia dibuat setelah berfikir panjang, susulan daripada pertunangan berkenaan.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang memberikan sokongan tidak terhingga dan hanya mendoakan yang terbaik untuk saya.

“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi memahami dan menyokong saya selama ini,” jelasnya.

Office statement. ( please note, date is Feb 28th 2017 and not 29th )

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai desas-desus isu putus tunang yang tersebar di laman sosial membabitkan pasangan berkenaan beberapa bulan lalu.

Gosip berkenaan hangat diperkatakan selepas pemenang Miss Tourism International 2011/12 itu memadam gambar Hans daripada laman Instagram peribadinya.

Namun Hans menyatakan mereka masih bersama, manakala Gabriella pula memberi alasan gambar tunangnya terpaksa dipadamkan susulan mahu mengasingkan akaun untuk hal kerja dan peribadi.

Sementara itu, pasangan terbabit bertunang pada 29 Januari lalu di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura dan mengumumkan berita gembira itu di hadapan media, sebulan kemudian.

Tidak lama selepas pengumuman itu, seorang lelaki mendakwa dirinya dicurangi oleh wanita terbabit dan memuatnaik luah hatinya di Facebook hingga menjadi tular.

Hans dan Gabriella sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu, tetapi kemudian menundanya kepada satu tarikh lain atas alasan yang tidak dinyatakan.

Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang tapi hanya Tuhan sahaja yang menentukan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Hans Isaac dan Gabriella.

 

Sumber dari: Berita Harian

Instagram: Hans Isaac

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply