Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Jamal Pilih Azura Yamani

Sedap nama yang dipilih.

Published

on

Raja pop Datuk Jamal Abdillah memilih nama Azura Yamani untuk anak perempuannya yang bakal dilahirkan pada tanggal 5 Oktober nanti.

Ini antara sebab kenapa beliau memilih nama berkenaan.

“Setiap kali orang nampak saya mereka akan jerit nama Azura.

“Begitu juga setiap kali buat persembahan di pentas peminat akan minta lagu Azura juga.

“Pada masa sama, isteri juga suka dengan nama Azura yang saya pilih ini,” kata Jamal yang mengakui berasa gementar menanti detik kelahiran bayi perempuannya itu.

Menurut Jamal lagi, dia mengidam lemang dan rendang sepanjang tempoh isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, mengandung.

“Isteri tidak mengidam yang pelik sebaliknya saya mengidam lemang dan rendang sepanjang tempoh isteri mengandung.

“Mujurlah, lemang dan rendang senang nak dapat yang sudah dimasak dan boleh dibeli pada waktu tengah malam pun sekarang,” ujarnya lagi.

Kandungan Zai Izzati kini mencecah lapan bulan setengah dan pernah mengalami keguguran tiga kali sebelum ini.

Jamal mendirikan rumah tangga bersama Zai Izzati pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak yang juga merupakan perkahwinan keempatnya.

Terdahulu, Jamal yang mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan perceraian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement