Connect with us
alt_img>

Berita

Jalan TAR Ditutup Mulai 15 Mac

Penutupan jalan satu kilometer itu dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu dibuat bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan perniagaan terbabit

Published

on

Laluan  sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di Kuala Lumpur dari pusat beli-belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas mulai 15 Mac ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata,
Penutupan jalan satu kilometer itu dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu dibuat bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan perniagaan terbabit.
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan kajian dalam talian berhubung penutupan jalan itu yang mana sebahagian besar responden bersetuju dengan cadangan itu.
“Laluan bermula dari hadapan Sogo sehingga ke Wisma Bandar dijadikan laluan bebas kenderaan atau ‘pedestrian mall’ yang mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah,”
Beliau berkata, jika keadaan berjalan lancar, pihaknya sedia untuk menempatkan peniaga bazar perayaan yang memohon lesen berniaga di Jalan TAR dari DBKL untuk beroperasi di sepanjang laluan yang dikosongkan itu pada Ramadan ini.
Beliau berkata, laluan yang boleh menempatkan sehingga 200 lot tapak perniagaan itu juga akan dibenarkan untuk beroperasi pada musim perayaan lain.
“Penempatan hanya membabitkan mereka yang memohon lesen untuk berniaga pada Ramadan manakala peniaga sedia ada dikekalkan di tapak asal,”
Khalid berkata, keputusan itu juga diambil bagi menjaga kepentingan kedai Melayu di kawasan tapak lama bazar Ramadan yang mana perniagaan mereka terhalang sepanjang bazar perayaan itu berlangsung.
Sumber : Harian Metro

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement