Home > #CeriteraKool > Jalaluddin Hassan hadiah kerusi urut buat bakal isteri

Jalaluddin Hassan hadiah kerusi urut buat bakal isteri

Lain daripada yang lain. Kerusi urut yang dipilih Datuk Jalaluddin Hassan sebagai barang hantaran kepada bakal isterinya. Buat yang tidak tahu lagi, Jalaluddin bakal melangsungkan perkahwinan dengan Rapidah seorang ibu tunggal pada Ahad ini di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.

 

Image result for jalaluddin hassan

Menurutnya, kerusi urut itu adalah untuk bakal isterinya berehat dan melegakan keletihan sewaktu berada di rumah nanti. Sweetnya lahai kan….

Memetik sumber, difahamkan kerusi urut tersebut berharga sekitar RM20,000.

 

Related image

Jalaluddin berkata kepada satu portal hiburan, majlis perkahwinannya hanya ala kadar sahaja, tiada bersanding kerana dia bercerai mati, bukannya bercerai hidup. Dia juga merancang untuk menziarahi puasara arwah isterinya pada pagi sebelum akad nikah.

Apa pun diharapkan agar majlis tersebut akan berjalan lancer dan moga-moga Jalaluddin berbahagia dengan pasangannya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Mynewshub

Gambar: Pelbagai sumber dari internet

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply