Uncategorized
Izara Aishah Mengaku Buat Bibir?
Biasa lah bila dah jadi selebriti, setiap imej penampilan mesti perlu dijaga kan? Tapi keinginan untuk sentiasa tampil bergaya boleh menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan perkara berbahaya seperti pembedahan plastik.
Biasa lah bila dah jadi selebriti, setiap imej penampilan mesti perlu dijaga kan? Tapi keinginan untuk sentiasa tampil bergaya boleh menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan perkara berbahaya seperti pembedahan plastik.
Walaupun perkara tersebut boleh membawa tanggapan buruk daripada masyarakat atau netizen, namun seorang pelakon wanita baru-baru ini telah tampil membuat pengakuan bahawa dia pernah melakukan sejenis suntukan untuk “memungilkan” bibirnya.
Pelakon Izara Aishah menerusi laman sosial Twitter miliknya semalam telah memuat naik status mengakui dia membuat bibirnya beberapa bulan lepas.
Dia bagaimanapun menyatakan suntikan yang dilakukan itu bersifat sementara dan bibirnya itu akan kembali normal seperti asal dalam suatu tempoh.
I wanted to try something new. So I had my lips done few months back. Don’t worry it’s not permanent, lasts only for 6months. it’s cool to try but I didn’t like how it looks on me so now I’m just waiting for it to dissolve. I like the lip plumper thing better. Omg bye!
— Madame Izara (@IzaraAishah) February 10, 2019
Pengakuan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang sudah dapat mengagak dan ada juga yang mengatakan bahawa perbezaan bibirnya tidak begitu ketara kerana bibir asal pelakon jelita itu sememangnya sudah tebal begitu.
Apa-apa pun, tak perlu la kita berbalah tentang perkara ini lagi, lagipun Izara dah beri penerangan. Semoga kita dapat ambil perkara yang baik-baik sahaja ya!